Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SERANGAN ISRAEL DI RAFAH LANGGAR ARAHAN MAHKAMAH KEADILAN ANTARABANGSA

DUNIA

SERANGAN ISRAEL DI RAFAH LANGGAR ARAHAN MAHKAMAH KEADILAN ANTARABANGSA

NEW DELHI: Pakistan mengecam pencerobohan tentera Israel di bandar Rafah, Gaza, yang jelas mengingkari perintah mahkamah antarabangsa baru-baru ini supaya tidak melakukan genosid terhadap rakyat Palestin. 

Antara masjid yang musnah dalam serangan Israel di Rafah. – AFP

NEW DELHI: Pakistan mengecam pencerobohan tentera Israel di bandar Rafah, Gaza, yang jelas mengingkari perintah mahkamah antarabangsa baru-baru ini supaya tidak melakukan genosid terhadap rakyat Palestin. 

“Serangan Israel di Rafah melanggar langkah sementara yang dikeluarkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa bagi melindungi penduduk Gaza.

“Tindakan itu akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang telah berlanjutan sejak empat bulan lalu dan menjejaskan usaha berterusan terhadap potensi gencatan senjata,” menurut kenyataan Kementerian Luar Pakistan pada Isnin.

Pakistan menggesa masyarakat dunia dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengambil langkah segera menamatkan pencerobohan dan jenayah berterusan terhadap kemanusiaan yang dilakukan rejim Israel.

Ancaman Israel untuk meluaskan serangan tenteranya ke Rafah berhampiran sempadan Mesir telah menimbulkan kebimbangan di seluruh dunia.

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menuduh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu meniru perbuatan pemimpin Nazi Adolf Hitler dan melanggar batas kekejaman pembunuhan beramai-ramai di Palestin.

“Walaupun kuasa Barat secara terbuka menggesa Israel menghentikan keganasan, mereka menutup mata terhadap kekejaman Netanyahu dengan berselindung di sebalik alasan Hamas,” katanya. — AlHijrah Online

SUMBER: BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading