Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PENGASUH DITUDUH TAMPAR BAYI 10 BULAN

DALAM NEGARA

PENGASUH DITUDUH TAMPAR BAYI 10 BULAN

SEREMBAN: Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya seorang bayi perempuan sehingga mungkin boleh mengalami kecederaan fizikal, minggu lepas.

Pengasuh Norsham Ismail (dua, kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya seorang bayi perempuan sehingga mungkin boleh mengalami kecederaan fizikal, minggu lepas. – Bernama

SEREMBAN: Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya seorang bayi perempuan sehingga mungkin boleh mengalami kecederaan fizikal, minggu lepas.

Norsham Ismail, 66, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Wanita itu yang sudah lebih 10 tahun bekerja di pusat asuhan itu dituduh menganiaya atau bertindak cuai dengan cara menampar muka mangsa yang berumur 10 bulan 30 hari itu antara pukul 7.47 pagi hingga 7.59 pagi di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Nilai pada 5 Feb lepas.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syamimi Farhana Muhammad A. Aziz manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) A. Partheeban.

Terdahulu, Partheeban memohon jaminan rendah dikenakan terhadap balu yang tidak mempunyai anak itu, berikutan penjaminnya merupakan adik lelaki yang bekerja sebagai juruteknik kilang dengan gaji RM1,800 sebulan.

Mahkamah membenarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Mac untuk sebutan semula kes. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading