MAKKAH : Kerajaan Arab Saudi sedang membina beberapa hotel lima tingkat di Mina untuk menempatkan jemaah haji bagi menggantikan penempatan khemah.
Langkah percubaan penempatan jemaah di hotel itu dijangka bermula bagi musim haji 1445 hijrah ini.
Tindakan itu dilakukan sebagai langkah besar Arab Saudi dalam memberi keselesaan dan meningkatkan kemudahan kepada jemaah haji.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, sekiranya konsep penginapan di Mina ini berjaya, ia berkemungkinan akan diperluaskan di lokasi sekitar operasi masyair, dan Tabung Haji (TH) ujarnya, perlu mengambil peluang berkenaan bagi keselesaan jemaah haji negara.
‘”Insyaallah saya yakin dan TH juga yakin apabila hotel-hotel ini diperluaskan lagi maka ia akan memberikan kebaikan kepada jemaah haji Malaysia pada masa-masa akan datang,” katanya.
Mohd Na’im berkata demikian kepada Berita Alhijrah di Makkah selepas melakukan lawatan ke Mina bersama pengurusan tertinggi Tabung Haji, termasuk pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Hussain dan juga Ketua Pegawai Eksekutif TH Syed Hamadah Syed Othman baru-baru ini.
Terdahulu sesi taklimat pada lawatan ini disampaikan Syed Saleh.
“‘Ada projek baru yang sedang dilaksana Kerajaan Arab Saudi di mana mereka telah membina bangunan-bangunan (hotel) berbentuk tempat penginapan untuk jemaah haji semasa mereka berada di Mina,” kata Syed Saleh.
Difahamkan bagi fasa pertama ini, hotel berkenaan akan menempatkan jemaah furada dan ia dibina berhampiran dengan lokasi Jamarat iaitu lokasi jemaah haji melemparkan batu-batu kecil di tiga dinding, simbolik kepada ibadah merejam syaitan.
‘”Pendaftaran ke hotel juga dilaporkan sudah dibuka untuk jemaah haji luar negara,” katanya.
Mina merupakan kawasan lembah padang pasir yang terletak sekitar 5 kilometer dari Bandar Makkah.
Pada musim haji, jemaah dari seluruh dunia akan bermalam pada malam 8,11 dan 12 Zulhijjah dan kadang-kadang pada malam 13 Zulhijjah.
Dalam pada itu, setakat ini pihak berkuasa Arab Saudi telah melesenkan 166 bangunan di Bandar Makkah untuk menempatkan jemaah haji bagi operasi haji 1445H.
Pelesenan itu diberikan Jawatankuasa Perumahan Haji di Makkah yang akan sentiasa menerima permohonan pelesenan bangunan sehingga bulan ini sebagai persiapan awal untuk musim haji. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.
1 Comment
1 Comment
Anonymous
12 December 2024 at 5:30 PM
SubhanAllah… Terasa rindu dengan Kota Mekkah walaupun tak pernah menjejakkan kaki di Tanah suci ni. Semoga sempat la saya tunaikan kewajipan terakhir sebagai umat Islam. Baru-baru ini, saya ada jumpa satu artikel yang sangat menarik dan penuh dengan panduan praktikal tentang cara mencapai haji mabrur. Boleh baca di sini: https://mustaqimtravel.com/tips-mendapat-haji-mabrur/. Mudah-mudahan bermanfaat dan menjadi panduan untuk kita semua, InshaAllah. 😊
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
Anonymous
12 December 2024 at 5:30 PM
SubhanAllah… Terasa rindu dengan Kota Mekkah walaupun tak pernah menjejakkan kaki di Tanah suci ni. Semoga sempat la saya tunaikan kewajipan terakhir sebagai umat Islam. Baru-baru ini, saya ada jumpa satu artikel yang sangat menarik dan penuh dengan panduan praktikal tentang cara mencapai haji mabrur. Boleh baca di sini: https://mustaqimtravel.com/tips-mendapat-haji-mabrur/. Mudah-mudahan bermanfaat dan menjadi panduan untuk kita semua, InshaAllah. 😊