Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SHTAYYEH UMUM LETAK JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI PALESTIN

DUNIA

SHTAYYEH UMUM LETAK JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI PALESTIN

Katanya, tindakan tersebut susulan ‘perkembangan berkaitan pencerobohan ke atas Semenanjung Gaza dan peningkatan konflik di Tebing Barat serta Baitulmaqdis.’

RAMALLAH: Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh menyerahkan peletakan jawatannya di Ramallah pada Isnin, lapor agensi berita antarabangsa.

Katanya, tindakan tersebut susulan ‘perkembangan berkaitan pencerobohan ke atas Semenanjung Gaza dan peningkatan konflik di Tebing Barat serta Baitulmaqdis.’

Menurut penyiar Watan TV yang memetik pegawai kerajaan, peletakan jawatan terbabit dikatakan susulan tekanan yang diterima daripada beberapa negara.

Sumber Gambar: AFP

“Saya telah mengemukakan peletakan jawatan kerajaan kepada Tuan Presiden (Mahmoud Abbas),” kata Shtayyeh, hari ini.—AlHijrah Online

Peletakan jawatan Shtayyeh turut dilihat sebagai usaha untuk merintis jalan kepada matlamat penyelesaian dua negara walaupun berdepan pelbagai halangan.

Shtayyeh yang berkhidmat sejak 2005 itu akan terus berkhidmat sebagai ketua kerajaan sementara.

Pembentukan kerajaan baharu dijangka mengambil masa berminggu-minggu atau berbulan-bulan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading