Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MALAYSIA PELOPORI SENI HIASAN AL-QURAN

DALAM NEGARA

MALAYSIA PELOPORI SENI HIASAN AL-QURAN

KUALA LUMPUR: Malaysia mempelopori kesenian hiasan al-Quran dengan menerapkan nilai-nilai estetika Islam pada setiap mushaf (naskhah) termasuk identiti sesebuah negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (tengah) mencuba menulis mushaf al-Quran pada Konvensyen Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Kompleks Nasyrul Quran hari ini. — Bernama

KUALA LUMPUR: Malaysia mempelopori kesenian hiasan al-Quran dengan menerapkan nilai-nilai estetika Islam pada setiap mushaf (naskhah) termasuk identiti sesebuah negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Nasyrul Quran, Datuk Abdul Latiff Mirasa berkata usaha yang dilakukan pihaknya sejak 30 tahun lepas itu bertujuan menarik minat orang ramai khususnya orang bukan Islam untuk mendalami al-Quran menerusi kesenian Islam.

“Mushaf yang kami keluarkan bukan untuk diedarkan di Malaysia sahaja, malah luar negara….jadi kita akan kaji mengenai negara berkenaan untuk mengetahui motif yang menggambarkan identiti masing-masing bagi tujuan hiasan al-Quran yang akan diterbitkan.

“Setakat ini pasukan yang menjalankan kajian ini ada lebih kurang 100 orang dan mereka ini akan ke negara-negara terlibat untuk mempelajari budaya negara berkenaan.” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV di sini hari ini.

Beliau berkata ketika ini sebanyak 30 jenis hiasan al-Quran melibatkan 30 jenis terjemahan bahasa dihasilkan bermotifkan identiti negara antaranya Perancis, China dan India.

Abdul Latiff berkata sebelum mendapat banyak permintaan dari negara luar, pihaknya menghasilkan mushaf Malaysia dengan memasukkan motif tempatan yang menunjukkan identiti negara termasuk budaya dan masyarakat.

“Kalau dahulu al-Quran ini kita peroleh dari negara arab, tetapi kepentingan untuk kaitkannya dengan motif tempatan tidak berlaku. Jadi kita hasilkan mushaf Malaysia yang mana ia dihias untuk menunjukkan identiti negara dan usaha itu tidak terhenti di situ, malah dikembangkan pula mengikut daerah dan negeri,” katanya.

Beliau berkata orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hiasan dan seni al-Quran dijemput ke Festival Seni Al-Quran Restu Global di Kompleks Nasyrul Quran, Presint 14, Putrajaya yang sedang berlangsung hingga 3 Mac ini.

Pengunjung katanya berpeluang melihat sendiri penghasilan al-Quran secara langsung pada festival itu yang terbuka kepada semua golongan masyarakat, bermula 9 pagi hingga 6 petang pada hari bekerja (sehingga 9 malam pada hujung minggu) secara percuma. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading