KERAJAAN LAKSANA LEBIH BANYAK PROGRAM PERKUKUH KESATUAN, PERPADUAN
PUTRAJAYA: Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) komited untuk memperbanyak lagi program yang akan membawa masyarakat ke arah kesatuan dan perpaduan di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar bercakap kepada pemberita pada Konvensyen Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Kompleks Nasyrul Quran hari ini. — Bernama
PUTRAJAYA: Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) komited untuk memperbanyak lagi program yang akan membawa masyarakat ke arah kesatuan dan perpaduan di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Mohd Na’im berkata beliau menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini yang antaranya menyeru semua lapisan masyarakat untuk menjaga keharmonian negara serta tidak menyentuh isu-isu sensitif yang melibatkan raja, kaum dan agama (3R).
“Agensi agama di bawah saya akan teruskan usaha sebar luaskan Islam dan dalam masa sama hormati agama lain. Jakim dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) boleh kolaborasi dengan bangsa dan agama lain.
“Kita nak tunjuk Islam ialah satu agama yang rahmah, Islam ialah agama yang menggalakkan kesatuan dan perpaduan serta mengajak semua umat ke arah keamanan dan kesejahteraan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen al-Quran di sini hari ini.
Seri Paduka Baginda dalam Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 hari ini bertitah supaya kerajaan merangka satu dasar untuk mengukuhkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sementara itu, Mohd Na’im meminta setiap lapisan masyarakat termasuk Ahli Parlimen untuk tidak menyentuh isu 3R selaras titah Sultan Ibrahim.
“Saya harapkan agar rakyat secara keseluruhan khususnya Ahli Parlimen dengar titah Seri Paduka Baginda supaya perkara sensitif (3R) tidak disentuh atau dimanipulasi,” katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Mohd Na’im berkata Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan kekuatan seluruh agensi akan sentiasa bekerjasama untuk merangka dan menggerakkan program-program pendidikan al-Quran kepada masyarakat.
“Institusi masjid dan surau khususnya akan terus diupayakan sebagai madrasah kepada masyarakat untuk mempelajari serta memahami kupasan dan tafsiran al-Quran.
“Alhamdulillah, saya memerhati dan menyedari ada beberapa masjid dan surau khususnya di Wilayah Persekutuan telah maju menyusun program-program penghayatan al-Quran,” katanya.
Mohd Na’im menegaskan usaha-usaha kreatif dan interaktif perlu digiatkan bagi mendekati anak-anak muda agar memahami serta menghayati al-Quran.
“Kerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan lain-lain agensi boleh diusahakan untuk menghasilkan program-program yang bersifat interaktif.
“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) komited untuk meningkatkan kelestarian syiar Islam, membentuk generasi al-Quran,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked