Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SIASATAN NAHAS DI GERIK MASIH DI PERINGKAT AWAL – AYOB KHAN

DALAM NEGARA

SIASATAN NAHAS DI GERIK MASIH DI PERINGKAT AWAL – AYOB KHAN

Siasatan kes kemalangan bas yang mengorbankan 15 nyawa di KM53 Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak awal pagi Isnin masih di peringkat awal, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Siasatan kes kemalangan bas yang mengorbankan 15 nyawa di KM53 Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak awal pagi pada Isnin masih di peringkat awal, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata terlalu awal untuk pihak polis mengumumkan sebarang dapatan ketika ini kerana siasatan masih berjalan.

“Siasatan masih berjalan dan selepas ini kita akan umum hasilnya, tetapi sekarang masih terlalu awal. Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husein dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Polis Perak Datuk Nor Hisam Nordin ada mengeluarkan kenyataan berhubung kes ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke 41 Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa) di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Pengerusinya Datuk Meor Chek Hussein Mahayuddin.

Dalam kejadian awal pagi semalam 15 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut, dan 33 orang tercedera apabila bas yang membawa mahasiswa berkenaan terbalik dalam kemalangan tersebut.

Bas yang disewa khas oleh pelajar universiti berkenaan berlepas dari Jertih, Terengganu pada 9 malam Ahad dan sedang dalam perjalanan ke kampus universiti berkenaan di Tanjung Malim, Perak semasa kejadian. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading