Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TINGKAT TIGA SM SAINS ALAM SHAH MUSNAH TERBAKAR

DALAM NEGARA

TINGKAT TIGA SM SAINS ALAM SHAH MUSNAH TERBAKAR

Sebuah bangunan pentadbiran Sekolah Menengah (SM) Sains Alam Shah di Cheras musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Sumber Gambar: Media Sosial

KUALA LUMPUR: Sebuah bangunan pentadbiran Sekolah Menengah (SM) Sains Alam Shah di Cheras musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran berkenaan pada 4.15 pagi.

“Susulan kejadian itu, sebanyak 44 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Cheras dan BBP Sentul bersama tujuh jentera serta sebuah ambulans dikejarkan ke lokasi,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan tingkat tiga bangunan berkenaan antara lain turut menempatkan bilik guru, bilik mesyuarat, bilik fail, makmal dan beberapa bilik lain.

“Kebakaran itu berjaya dikawal pada 5.08 pagi dan dipadamkan sepenuhnya pada 6.18 pagi,” menurut kenyataan itu.

Tiada mangsa terlibat, manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading