28 PENUMPANG BAS TERMASUK 13 PELAJAR UMPSA TERSELAMAT DALAM KEMALANGAN DI MARAN
Sebanyak 28 penumpang termasuk 13 pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terselamat selepas bas yang dinaiki mereka melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 161.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), arah timur tengah malam tadi.
KUANTAN: Sebanyak 28 penumpang termasuk 13 pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terselamat selepas bas yang dinaiki mereka melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 161.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), arah timur tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Maran Supt Wong Kim Wai berkata kejadian kira-kira 1 tengah malam itu berlaku ketika bas ekspres berkenaan dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur menghala ke Terminal Sentral Kuantan.
“Ketika sedang bergerak di lorong kiri, bas terbabit dipercayai terlanggar belakang treler berkenaan yang sedang bergerak dari arah sama.
“Bagaimanapun, kesemua 28 penumpang, masing-masing seorang pemandu bas dan treler serta kelindan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata penumpang bas berkenaan telah dipindahkan ke bas lain untuk ke Kuantan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Naib Canselor UMPSA Prof Dr Yatimah Alias menerusi kenyataan media mengesahkan menerima laporan sebanyak 13 pelajar universiti berkenaan yang menaiki bas awam terlibat dalam kemalangan.
Beliau berkata kesemua pelajar selamat tiba di kampus UMPSA Gambang di sini dengan menaiki bas ganti sekitar 4 pagi tadi.
“Dengan bantuan Majlis Perwakilan Pelajar dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA), pelajar yang tiba di Masjid UMPSA Gambang disantuni serta diberikan bantuan dan sokongan segera seperti menyediakan makanan, sokongan emosi dan tempat kediaman sementara bagi tujuh orang pelajar kampus Pekan,” katanya.
Selain itu, pihak UMPSA juga menyediakan pek bantuan yang mengandungi makanan dan lain-lain keperluan segera kepada pelajar.
“UMPSA sentiasa mengambil serius tentang keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan pelajar dan mengingatkan pelajar agar sentiasa mengutamakan keselamatan walaupun di mana mereka berada,” katanya. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests