Connect with us

ALHIJRAH NEWS

JEMAAH MENTERI DOAKAN KESIHATAN TUN MAHATHIR DI IJN

DALAM NEGARA

JEMAAH MENTERI DOAKAN KESIHATAN TUN MAHATHIR DI IJN

Jemaah Menteri mendoakan kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dipantau doktor di IJN selepas beliau dimasukkan untuk pemerhatian susulan pemergian isterinya, Tun Dr Hasmah Mohd Ali.

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri mendoakan kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini berada dalam pemantauan doktor di Institut Jantung Negara (IJN).

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seluruh Jemaah Menteri turut merakamkan ucapan takziah kepada Dr Mahathir serta keluarga susulan pemergian isterinya, Tun Dr Hasmah Mohd Ali.

“Pihak kerajaan merakamkan ucapan takziah buat Dr Mahathir dan keluarga atas pemergian Dr Siti Hasmah. Allahyarham merupakan seorang tokoh wanita dan negarawan yang amat dihormati.

“Jemaah Menteri turut mendoakan kesihatan Dr Mahathir yang kini berada dalam pemantauan doktor di Institut Jantung Negara,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jemaah Menteri di sini, hari ini.

Sebelum ini, Tan Sri Mokhzani Mahathir memaklumkan bapanya dimasukkan ke IJN sejak semalam untuk menjalani pemerhatian.

Menurut Mokhzani, keadaan Dr Mahathir ketika ini adalah baik dan tidak membimbangkan.

Bagaimanapun, keputusan memasukkan bekas Perdana Menteri itu ke IJN dibuat bagi membolehkan beliau diberikan perhatian selepas pemergian Dr Hasmah.

Dr Hasmah, 100, meninggal dunia di IJN pada pagi 28 September lalu dan dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya pada hari sama menerusi Istiadat Pengebumian Negara. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top