Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TOUCH ’N GO TAMBAH 10 LORONG ENHANCED RFID DI LEBUH RAYA SEKITAR LEMBAH KLANG

DALAM NEGARA

TOUCH ’N GO TAMBAH 10 LORONG ENHANCED RFID DI LEBUH RAYA SEKITAR LEMBAH KLANG

Sepuluh lorong tersebut akan diperkenalkan di lima lebuh raya, melibatkan Plaza Tol Putrajaya di MEX; Plaza Tol Sungai Ramal di SILK; Plaza Tol Bukit Raja dan Plaza Tol Bukit Jelutong di GCE serta Plaza Tol Sungai Long dan Plaza Tol Ampang di EKVE.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Touch ‘n Go hari ini mengumumkan penambahan sepuluh lorong Enhanced RFID di lebuh raya sekitar Lembah Klang sebagai langkah peralihan Malaysia ke arah sistem tol lebih lancar.

Ketua Pegawai Eksekutif Touch ‘n Go, Prabakaran Sangarajoo berkata Touch ’n Go komited untuk memainkan peranan dengan terus melabur dalam teknologi yang bersedia menyokong peralihan tersebut.

“Penambahan 10 lorong Enhanced RFID ini bukan sahaja menunjukkan keupayaan teknologi kami pada masa ini, tetapi juga bagaimana teknologi yang sedang kami gunakan dapat menyokong perkembangan industri ke arah sistem kutipan tol tanpa palang pada masa hadapan,” katanya.

Sepuluh lorong tersebut akan diperkenalkan di lima lebuh raya, melibatkan Plaza Tol Putrajaya di MEX; Plaza Tol Sungai Ramal di SILK; Plaza Tol Bukit Raja dan Plaza Tol Bukit Jelutong di GCE serta Plaza Tol Sungai Long dan Plaza Tol Ampang di EKVE.

Teknologi Enhanced RFID ini menggabungkan keupayaan pengecaman nombor pendaftaran kereta secara automatik (ANPR), teknologi kecerdasan buatan (AI) serta pembelajaran mesin, peningkatan pengesanan kenderaan pada kelajuan kenderaan lebih tinggi, sekaligus mengurangkan kesesakan di lorong tol.

Tambahnya, peluasan tersebut menunjukkan kesediaan berterusan Touch ‘n Go untuk menyokong peralihan industri ke arah Sistem Lorong Tunggal Pantas (SLFF) dan Sistem Pelbagai Lorong Pantas (MLFF). — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading