Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PELABURAN PETRONAS DI KANADA BUKA POTENSI CA$33 BILION – PM ANWAR

DUNIA

PELABURAN PETRONAS DI KANADA BUKA POTENSI CA$33 BILION – PM ANWAR

PETRONAS bersama rakan usaha sama memuktamadkan pelaburan Fasa 2 LNG Canada di British Columbia yang membuka potensi pelaburan sektor swasta bernilai CA$33 bilion dan bakal menjadikannya antara kemudahan LNG terbesar dunia.

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) bersama rakan usaha samanya memuktamadkan keputusan pelaburan bagi Fasa 2 projek gas asli cecair (LNG) Canada di Kitimat, British Columbia yang membuka potensi pelaburan sektor swasta bernilai CA$33 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembesaran projek berkenaan bakal menjadikan LNG Canada antara kemudahan gas asli cecair terbesar di dunia, sekali gus memperkukuh bekalan tenaga ke pasaran antarabangsa.

“Pembesaran ini bakal menjadikan LNG Canada antara kemudahan gas asli cecair terbesar di dunia, sekali gus memperkukuh bekalan tenaga kepada pasaran antarabangsa.

“Tahniah kepada seluruh warga Petronas atas kejayaan ini. Keupayaan syarikat negara menjayakan projek tenaga berskala besar bersama rakan antarabangsa turut mencerminkan kepercayaan terhadap kepakaran dan kemampuan Malaysia,” katanya menerusi hantaran di media sosial X, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Kanada, Mark Carney atas sokongan beliau kepada PETRONAS.

“Saya mengalu-alukan pertemuan bersama Perdana Menteri, Carney dan delegasi Kanada pada masa akan datang bagi memperkukuh hubungan persahabatan serta memperluas kerjasama Malaysia-Kanada,” katanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading