Connect with us

ALHIJRAH NEWS

BELASUNGKAWA TUN HASMAH: ERDOGAN UCAP TAKZIAH KEPADA TUN MAHATHIR – PM ANWAR

DALAM NEGARA

BELASUNGKAWA TUN HASMAH: ERDOGAN UCAP TAKZIAH KEPADA TUN MAHATHIR – PM ANWAR

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan hari ini menyampaikan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Mohamad Ali.

Gambar: Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan hari ini menyampaikan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Mohamad Ali.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ucapan takziah itu dititipkan menerusi panggilan telefon bersama pemimpin Turkiye itu.

“Hari ini saya berkesempatan berbual melalui telefon dengan sahabat saya yang juga Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan.

“Beliau menyampaikan ucapan takziah atas pemergian abang saya, Almarhum Idrus Ibrahim. Ingatan dan doa beliau amat bermakna buat kami sekeluarga dalam saat yang berat ini.

“Beliau juga menitipkan salam takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Kedua-dua pemimpin itu bertukar pandangan berhubung beberapa isu semasa yang menjadi perhatian mereka menerusi panggilan telefon itu.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading