Connect with us

ALHIJRAH NEWS

LIMA PELAJAR DAKWA PERNAH DIBULI PELAJAR YANG KINI DITAHAN

DALAM NEGARA

LIMA PELAJAR DAKWA PERNAH DIBULI PELAJAR YANG KINI DITAHAN

Lima pelajar tampil mendakwa pernah dibuli oleh seorang daripada dua pelajar berusia 16 tahun yang kini ditahan bagi membantu siasatan kematian seorang pelajar Tingkatan Dua di Kuala Pilah.

SEREMBAN: Lima pelajar tampil kepada polis dan mendakwa pernah dibuli oleh seorang daripada dua pelajar lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar Tingkatan Dua di Kuala Pilah, Jumaat lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, perkara itu dikenal pasti hasil siasatan lanjut selepas pihaknya merekodkan 69 keterangan setakat ini.

“Hasil soal siasat dan ketika keterangan diambil, sebanyak lima pelajar mendakwa pernah dibuli oleh seorang daripada pelajar yang ditahan bagi membantu (siasatan) insiden tersebut.

“Setakat ini tiada tangkapan baharu dibuat selain dua lelaki berusia 16 tahun yang kini direman masing-masing sehingga 1 dan 3 Okt bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

Menurut Alzafny, siasatan lanjut turut mendapati mangsa tidak pernah memaklumkan kepada keluarganya bahawa pernah dibuli di sekolah.

Semalam, polis menahan seorang lagi pelajar lelaki berusia 16 tahun, menjadikan dua pelajar ditahan setakat ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sebelum itu, seorang pelajar Tingkatan Empat dilaporkan direman selama enam hari bagi membantu siasatan.

Alzafny sebelum ini berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian mendatangkan kecederaan terhadap pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah di Kuala Pilah.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah sebelum disahkan meninggal dunia.

Kes masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan menyeluruh sedang dijalankan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading