SITI BAINUN DIPENJARA 12 TAHUN KERANA ABAI DAN ANIAYA REMAJA SINDROM DOWN, BELLA
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 22 tahun terhadap Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down, dikenali sebagai Bella.
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali (kiri) hadir di pekarangan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bagi mendengar keputusan sama ada dibebaskan atau disabit kesalahan atas pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella. — Bernama
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 22 tahun terhadap Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down, dikenali sebagai Bella.
Hakim Izralizam Sanusi menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi kesalahan mengabai dan 12 tahun penjara untuk pertuduhan menganiaya, namun Siti Bainun hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun, selepas hukuman itu diperintah berjalan secara serentak, bermula hari ini.
Mahkamah juga memerintahkan tertuduh menandatangani bon berkelakuan baik dalam tempoh lima tahun dengan seorang penjamin warganegara tempatan, berserta cagaran RM5,000.
Siti Bainun, yang hadir ke kompleks mahkamah pada kira-kira 8.27 pagi dengan ditemani seorang wanita juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.
Mengikut pertuduhan, Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Izralizam dalam penghakimannya berkata perbuatan mengabai dan menganiaya adalah satu kesalahan serius dan sepertimana dihujahkan oleh pihak pendakwaan, pindaan terhadap hukuman jenayah itu telah diluluskan di Parlimen dengan memperuntukkan hukuman yang lebih berat.
Menurutnya hukuman penjara 10 tahun yang diperuntukkan sebelum ini telah ditambah ke 20 tahun, manakala hukuman denda pula dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM50,000.
“Pindaan itu menunjukkan hasrat Parlimen dan undang-undang bagi memastikan hukuman berat diberikan untuk pesalah yang melakukan kesalahan berkenaan.
“Hukuman yang dijatuhkan perlu menggambarkan keseriusan kesalahan dilakukan dan menunjukkan kepada orang awam khususnya ibu bapa, penjaga dan pengasuh kanak-kanak agar tidak mengambil ringan keselamatan dan kebajikan kanak-kanak,” katanya.
Katanya, faktor kepentingan awam perlu ditekankan dan dalam kes ini, mahkamah mendapati kecederaan dialami Bella adalah kecederaan serius malah sehingga kini, ia meninggalkan parut.
“Ia bukan sahaja meninggalkan parut dalam dirinya, tetapi parut secara fizikal. Beliau bukan sahaja diabaikan oleh tertuduh sehingga menyebabkan kecederaan teruk, malah tertuduh didapati terlibat menganiaya Bella.
“Tindakan dilakukan tertuduh kepada Bella adalah kejam dan dia perlu diberikan hukuman berat bagi memberi pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh, malah masyarakat bahawa kesalahan jenayah seperti ini tidak boleh dilakukan sama sekali.
“Tertuduh adalah aktivis masyarakat yang sering terlibat dengan kanak-kanak. Tertuduh sepatutnya menggalas tanggungjawab sebaik mungkin dan bukan melanggar amanah yang diberikan,” kata hakim itu.
Terdahulu semasa rayuan bagi mengurangkan hukuman, peguam Mohammad Farhan Maaruf mewakili Siti Bainun memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya boleh berubah dan sepatutnya diberikan peluang kedua.
“Jika hukuman pemenjaraan yang lama dikenakan terhadap tertuduh, ia akan memprejudiskan ibu yang bergantung harap kepadanya. Fasiliti dalam penjara juga tidak dapat menampung keadaan fizikal tertuduh kerana beliau bersaiz besar dan mempunyai masalah kesihatan,” katanya.
Mohammad Farhan berkata hukuman penjara boleh digantikan dengan denda maksimum bagi kedua-dua pertuduhan dihadapi anak guamnya, sekiranya dibenarkan oleh mahkamah.
“Sepanjang perbicaraan, tertuduh telah menunjukkan sikap tanggungjawab yang mana beliau tidak pernah gagal menghadirkan diri atas sebab yang tidak munasabah.
“Saya juga mohon mahkamah mengambil kira tertuduh bergiat aktif dengan kerja kebajikan dan sukarelawan selain mempertimbangkan ini adalah kesalahan pertama tertuduh,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria berkata tertuduh telah disabitkan dengan kesalahan yang sangat serius iaitu mengabai dan menganiaya seorang kanak-kanak kurang upaya.
“Kanak-kanak yang terdedah dan tidak berdaya memerlukan masyarakat serta undang-undang untuk melindungi kepentingan mereka. Hukuman mestilah menggambarkan keseriusan dan beratnya kesalahan itu bagi memberi pengajaran kepada orang ramai terutama ibu bapa agar tidak mengambil mudah keselamatan kanak-kanak,” katanya.
Zahida berkata kecederaan yang dialami Bella amat serius dengan hampir keseluruhan badannya terdapat luka lecur dan beberapa parut yang akan kekal seumur hidup.
“Ia bukan sahaja mengundang kecederaan fizikal, malah menjejaskan emosi mangsa. Tertuduh juga telah diberi perintah mahkamah untuk menjaga dan memelihara Bella tetapi telah menyalahgunakan amanah yang diberikan kepadanya dengan mengabai dan menganiaya Bella.
“Tertuduh dilihat sukarelawan yang dipercayai dan dihormati telah mengabai seorang kanak-kanak yang mengharapkan kasih sayang daripada tertuduh. Ini ibarat harapkan pegar, pegar makan padi,” katanya.
Sementara itu, Izralizam turut menolak permohonan Siti Bainun untuk penggantungan pelaksanaan hukuman penjara sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.
Hakim itu berkata tertuduh tidak dapat menunjukkan keadaan khas dan luar biasa bagi membolehkan mahkamah membenarkan penggantungan pelaksanaan hukuman.
“Tertuduh disabitkan bersalah di mahkamah ini dan tiada sebab untuk saya menangguhkan hukuman penjara yang dijatuhkan terhadapnya. Faktor bahawa tertuduh menjaga ibunya adalah perkara peribadi tertuduh.
“Pemfailkan rayuan dibuat oleh peguam bela bukan justifikasi untuk membenarkan permohonan tertuduh. Dalam kes ini, saya berpendapat keadilan dapat disampaikan sebaik-baiknya melalui pelaksanaan hukuman dengan serta-merta.
“Oleh itu, permohonan tertuduh ditolak dan mahkamah memerintahkannya menjalani hukuman penjara itu dengan serta-merta,” katanya.
Siti Bainun, yang kelihatan tenang sepanjang prosiding, akan dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman itu. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager