IBNU SINA WELLNESS TAWAR RAWATAN ALTERNATIF

KUALA LUMPUR: Ibnu Sina, atau nama penuh beliau Abu Ali Husain bin Abdullah bin Hasan bin Ali bin Sina yang dilahirkan di Bukhara, Asia Tengah pada tahun 980 merupakan seorang ahli perubatan, matematik, fizik dan falsafah yang amat terkenal dan sumbangannya dalam bidang-bidang tersebut diperakui di seluruh dunia hingga ke hari ini.
Menginspirasikan tokoh itu, Hakeema Rozainah membuka Ibnu Sina Wellness sebuah pusat rawatan alternatif bagi individu yang mempunyai masalah penyakit fizikal dan mental.
Menurut Hakeema pusat itu menekankan rawatan menggunakan bahan-bahan semula jadi yang digabungkan dengan sains moden serta formula ‘Tanpa Kimia-Tanpa Bedah-Tanpa Radiasi’.
Sejak dibuka pada 2015, Ibnu Sina Wellness telah membantu ribuan orang dari Singapura, Malaysia, Brunei dan Indonesia.
Pusat rawatan yang terletak di Kajang itu juga telah mengeluarkan kira-kira 20 buku penyembuhan ‘BODY-SOUL-MIND-SPIRIT’ yang dicetak dalam bahasa Melayu untuk dijadikan rujukan.
Ibnu Sina Wellness telah menerima pengiktiran dari World Muslimpreneur bagi Anugerah Cemerlang Perniagaan Bumiputera kerana potensi syarikat dalam bidang kesejahteraan holistik.

Hakeema berkata anugerah itu menyuntik semangatnya untuk terus menambahbaik perkhidmatan kepada mereka yang mencari rawatan alternatif. – AlHijrah Online