Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

USAHA ITC PROMOSI PELANCONGAN ISLAM MALAYSIA KEPADA DUNIA

ADVERTORIAL

USAHA ITC PROMOSI PELANCONGAN ISLAM MALAYSIA KEPADA DUNIA

KUALA LUMPUR: Sektor pelancongan Islam yang diunjurkan mencecah nilai RM1 trilion menjelang tahun 2028 perlu dipandang serius semua pihak bagi memastikan Malaysia menjadi antara negara pilihan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan menyambut ketibaan 35 imam dari 14 wilayah di China. – Bernama

KUALA LUMPUR: Sektor pelancongan Islam yang diunjurkan mencecah nilai RM1 trilion menjelang tahun 2028 perlu dipandang serius semua pihak bagi memastikan Malaysia menjadi antara negara pilihan.

Sebagai sebuah negara majoriti umat Islam, Malaysia mempunyai ekosistem pelancongan Islam yang bernilai tinggi dan perlu dipromosikan secara berterusan kepada masyarakat dunia.

Atas sebab itu, organisasi seperti Islamic Tourism Centre (ITC) memainkan peranan yang amat penting untuk memperkenalkan reputasi baik Malaysia sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim.

Ditubuhkan sejak 2009, ITC merupakan antara peneraju pelancongan Muslim di Malaysia dan mempunyai misi untuk menjadi pusat rujukan pelancongan Islam melalui pelbagai bidang seperti penyelidikan, latihan, pensijilan, pembangunan industri, dan ekosistem yang inklusif.

Bagi tahun 2024, banyak usaha yang telah digerakkan ITC untuk memperkenalkan kepada dunia mengenai keistimewaan Malaysia antaranya dengan membawa sekumpulan 36 imam dari 14 wilayah China akan menyertai lawatan pengenalan pelancongan Mesra Muslim dengan tema ‘Imam Fam Trip: Discover Muslim-Friendly Malaysia’.

Ketua Pengarah Islamic Tourism Centre (ITC), Nizran Noordin berkata, usaha membawa imam dari China itu mengambil kira pengaruh dimiliki mereka dalam kalangan masyarakat Cina Muslim.

Lawatan imam dari China itu dianjurkan ITC dengan kerjasama Malaysia Inbound Chinese Association (MICA) diadakan khusus untuk memperkenal dan mendedahkan keunikan Malaysia sebagai destinasi mesra Muslim.

Aktiviti lawatan imam tersebut tidak hanya fokus kepada aktiviti keagamaan semata-mata tetapi turut memperkenalkan keunikan dan keistimewaan budaya Malaysia dengan bawa mereka ke tempat yang mempunyai tarikan di negara ini.

Imam yang terlibat diharap ITC untuk menjadi ‘brand ambassador’ (duta jenama) dan memberi promosi kepada ahli kariah masing-masing untuk ke Malaysia.

Selain itu lawatan imam tersebut, antara fokus ITC untuk mempromosikan Malaysia ialah dengan giat memperkasa Muslim Friendly Tourism and Hospitality Assurance and Recognition (MFAR), penarafan premis pelancong berlandaskan patuh syariah dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Sijil pengiktirafan yang diberikan melalui MFAR menambah nilai tempat-tempat menarik di Malaysia sekali gus meningkatkan keyakinan umat Islam.

Justeru, lebih banyak kejayaan dapat dicapai di masa akan datang menerusi pengiktirafan MFAR ke atas premis pelancongan.

Pemain industri yang berminat dengan penarafan MFAR boleh memohon di laman sesawang www.itc.gov.my atau emel kepada mfar@itc.gov.my.

Para pelancong pula boleh layari http://www.mymuslimtrip.com untuk senarai perkhidmatan pelancongan mesra muslim yang disediakan di Malaysia. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in ADVERTORIAL

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading