Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KLINIK DE PALMA SASAR PEMBUKAAN 20 CAWANGAN BARU

ADVERTORIAL

KLINIK DE PALMA SASAR PEMBUKAAN 20 CAWANGAN BARU

KUALA LUMPUR: Klinik De Palma, penyedia rawatan dan perkhidmatan estetik menyasarkan pembukaan 20 cawangan di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pengasas YPG Malaysia Sendirian Berhad yang memiliki Klinik De Palma, Dr Adrin Kamarulzaman berkata beliau juga mempunyai matlamat untuk menembusi pasaran antarabangsa sambil menghasilkan produk penjagaan kulit berkualiti tinggi yang mampu bersaing atau mengatasi prestasi yang telah ditawarkan oleh jenama terkenal.

Ketika ini Klinik De Palma beroperasi di Ampang Jaya yang dibuka untuk memenuhi keperluan klinik kecantikan diuruskan oleh orang Melayu.

Menurut Dr Adrin, beliau yakin perkhidmatan rawatan kecantikan mempunyai potensi besar dan dengan minatnya terhadap perkara itu ia mampu membawa Klinik De Palma terus berkembang.

Antara kejayaan manis Klinik De Palma setakat ini ialah menerima Anugerah Jenama Pilihan Pengguna oleh World Muslimpreneur.

Dr Adrin berkata anugerah itu permulaan untuk kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.

Beliau dapat pada itu menasihatkan para usahawan lain untuk tidak mudah putus asa, berfikir secara optimis, kelilingi diri dengan orang yang positif, terus menuntut ilmu, dan berusaha untuk meningkatkan diri secara konsisten. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in ADVERTORIAL

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading