SUBSIDI BERSASAR: ANWAR BERI JAMINAN KEPENTINGAN PIHAK INDUSTRI TURUT DIBERI PERHATIAN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan kepentingan pihak industri akan tetap diberi perhatian walaupun kerajaan akan mencerakin dan menelusuri semula kaedah pengagihan subsidi kepada subsidi bersasar.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan kepentingan pihak industri akan tetap diberi perhatian walaupun kerajaan akan mencerakin dan menelusuri semula kaedah pengagihan subsidi kepada subsidi bersasar.
Beliau berkata ini bagi memastikan subsidi yang memberi implikasi kewangan yang besar kepada kerajaan pada masa ini, hanya dinikmati oleh pihak yang benar-benar layak.
Bagaimanapun, Anwar berkata kerajaan akan menyediakan kemudahan lain dan insentif yang akan diperbaiki untuk syarikat-syarikat agar ia tidak menjadi bebanan kerana mereka biasa dengan subsidi ini.
“Subsidi ini harus bersasar, targeted (disasarkan) seperti harga minyak, ia turut dinikmati golongan kaya, saya beri (tempoh) dua minggu untuk (pihak majlis tindakan) cerakin dan menelusuri implikasi dan berbincang dengan sektor swasta, pelabur yang berminat supaya mereka faham subsidi itu tujuannya meringankan beban rakyat miskin.
“Tentunya golongan kaya atau industri tidak harus ambil manfaat tetapi ada kepentingan lain yang kita akan sediakan, umpamanya kemudahan lain, insentif untuk syarikat akan diperbaiki supaya ia tidak jadi satu beban kepada mereka kerana mereka biasa dengan subsidi ini,” kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022.
Mesyuarat bersama jabatan dan agensi kerajaan itu diadakan bagi membincangkan isu kos sara hidup yang menekan rakyat.
Antara pegawai tinggi kerajaan yang hadir pada mesyuarat bermula 11 pagi tadi ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, pegawai-pegawai daripada Jabatan Perangkaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.
Selain itu, beliau mahu pemberian subsidi elektrik diteliti semula memandangkan pada masa ini manfaat yang diterima golongan miskin dan kaya adalah hampir sama.
“Bagi saya ia tidak munasabah, namanya subsidi tetapi mendapat manfaat kepada yang lain,” katanya sambil memberi jaminan subsidi elektrik akan diteruskan bagi mengelakkan ia menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat yang layak menerimanya.
Namun, katanya bagi golongan terkaya dan industri besar tidak harus menerimanya kerana ia menjadi beban kewangan yang besar kepada kerajaan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Jemaah Menteri baru-baru ini mempersetujui syor menempatkan anggota polis di stesen minyak untuk memperkasakan pemantauan dan penguatkuasaan berikutan peningkatan...
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.