Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA LELAKI CURI DUIT TABUNG MASJID DITAHAN

DALAM NEGARA

REMAJA LELAKI CURI DUIT TABUNG MASJID DITAHAN

Polis menahan seorang lelaki berusia 16 tahun dipercayai mencuri duit tabung masjid di Masjid Pekan Sanglang, Ayer Baloi, Pontian, pada Rabu lalu.

PONTIAN: Polis menahan seorang lelaki berusia 16 tahun dipercayai mencuri duit tabung masjid di Masjid Pekan Sanglang, Ayer Baloi, di sini, pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Pontian Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, pihaknya mengesan sebuah video tular memaparkan rakaman litar tertutup seorang lelaki mencuri duit tabung masjid pada jam 9.46 pagi tadi.

“Hasil siasatan polis mendapati kejadian berlaku pada Ahad 20 Nov selepas pihak masjid membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Baloi, di sini.

“Pada Rabu 23 Nov sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Pontian membuat tangkapan ke atas suspek warga tempatan berusia 16 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit bersalah.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading