5 MAUT HELIKOPTER TERHEMPAS DI KOREA SELATAN

SEOUL: Lima maut selepas sebuah helikopter terhempas lalu terbakar di daerah Yangyang, wilayah Gangwon, Korea Selatan pada Ahad, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Yonhap.

Pihak berkuasa bomba menemukan lima mayat selepas memadamkan api. 

Kejadian berlaku kira-kira 10.50 pagi waktu tempatan. 

Helikopter yang disewa bersama oleh kerajaan tempatan Sokcho, Goseong dan Yangyang itu terhempas ketika menjalankan operasi memadamkan kebakaran hutan.–AlHijrah Online

Leave a Reply