Agong ke – 16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ditabalkan sebagai Sultan Pahang menggantikan ayahandanya. – Foto Sinar Online
KUALA LUMPUR, 24 Januari – Majlis Raja-raja berkenan melantik Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.
Mesyuarat khas Majlis Raja-raja
yang berlangsung di Istana Negara jam 12.45 tengah hari tadi diadakan susulan
peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 6
Januari lalu.
Turut hadir, Sultan Pahang
sendiri diikuti Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Yang
Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad
V bagaimanapun tidak menghadirkan diri dalam mesyuarat khas tersebut.
Menurut Seksyen 2, Jadual Ketiga
Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-raja hendaklah menawarkan jawatan Yang
di-Pertuan Agong kepada Raja yang layak dipilih, yang negerinya ialah yang
pertama dalam senarai pemilihan.
Susunan penggiliran pertama
pelantikan Yang di-Pertuan Agong dilakukan atas persetujuan Raja negeri-negeri
mengikut kekananan dari segi tempoh pemerintahan yang dimulakan dengan Negeri
Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan
Perak.
Hanya Raja-raja, Penyimpan Mohor
Besar Raja-raja dan Penolong Setiausaha Majlis Raja-raja sahaja yang terlibat
dalam proses pemilihan itu.
Menurut laman web rasmi Pejabat
Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, semasa pemilihan, Penyimpan Mohor Besar
Raja-raja membekalkan satu kertas undi setiap Raja dan setiap Raja diminta
menandakan pendapatnya sama ada Raja yang paling kanan (satu nama sahaja)
adalah sesuai/tidak sesuai dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Majlis Raja-Raja bermesyuarat hari ini bagi memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong – Foto Sinar Online
Calon mestilah mendapat majoriti
lima undi sebelum Raja yang mempengerusikan Mesyuarat Pemilihan menawarkan
jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada baginda.
Sinar Online melaporkan jika Raja
yang berjaya tidak menerima tawaran ataupun Raja itu gagal memperoleh undi
majoriti maka proses pengundian semula akan dijalankan, iaitu dengan
mencalonkan nama Raja yang kedua dalam senarai kekananan yang layak dipilih
untuk diundi.
Proses hanya akan selesai selepas
baginda menerima tawaran jawatan Yang di-Pertuan Agong.
Selepas itu, majlis akan
mengisytiharkan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong dan memegang jawatan itu
bagi tempoh lima tahun.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager