Sepinggan nasi dan segelas air dikongsi dua beradik di salah sebuah sekolah di Terengganu – Foto Sinar Online
SETIU – Minggu lalu, gambar
seorang abang menyuapkan nasi ke mulut si adik di sebuah kantin sekolah menjadi
bualan warganet.
Foto yang tersebar di alam maya
itu nyata meruntun jiwa sesiapa yang melihat, malah ada dalam kalangan netizen
yang mengakui menitis air mata melihat gambar itu.
Gambar yang dipercayai dirakam
oleh petugas sekolah tersebut menunjukkan kasih sejati Muhamad Hisham Ismail,
11, terhadap Nur Dina, 7, apabila sanggup berkongsi sepinggang nasi dan segelas
air dengan adiknya itu.
Lebih istimewa walaupun Muhamad
Hisham murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan (SK) Putera Jaya pemegang kad orang
kelainan upaya (OKU) kerana masalah pembelajaran namun sikap penyayang terhadap
adiknya, adakala mengatasi kanak-kanak normal lain.
Bapanya, Ismail Setapa, 36,
berkata, anak kedua daripada empat beradik itu berkongsi dan menyuap makanan
dan minuman yang diperolehi daripada program Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
di sekolah berkenaan dengan adiknya sejak dua tahun lalu.
Menurutnya, Muhamad Hisham
berkongsi nasi dengan adiknya sejak dia belajar di tahun 3 lagi manakalanya Nur
Dina ketika itu berusia 5 tahun belajar pra sekolah di sekolah sama.
“Saya atau isteri hantar mereka
berdua awal ke sekolah setiap pagi kira-kira jam 6.45 pagi kerana Hisham perlu
makan makanan RMT yang disediakan di kantin bermula jam 7 pagi.
“Hisham akan membawa adiknya ke
kantin bersama untuk berkongsi makanan sementara menunggu masuk kelas pra,”
katanya yang tinggal di rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung
Pak Kancil, Bandar Permaisuri, di sini.
Ismail berkata lagi, ketika itu.
hanya Muhamad Hisham seorang sahaja yang menerima bantuan makanan tersebut
kerana tidak ada RMT untuk murid pra sekolah.
Menurutnya, begitulah rutin
Muhamad Hisham sejak tahun 2017 hingga sekarang, malah apa yang dilakukan itu
bukan sahaja berlaku di sekolah tetapi di rumah juga anaknya itu bersikap
demikian.
“Dia bukan sayang kepada Nur Dina
sahaja tetapi menunjukkan kasih sayang kepada kakak dan seorang lagi adiknya,
Muhammad Hilmi, 3 tahun.
“Malah semua adik-beradiknya diasuh oleh ibu
mereka, Nor Seri Idayu, 32, agar saling sayang menyanyangi sejak kecil sebab
itu kakak Hisham, Nur Ain Ismail, 14, juga sering menyuap nasi kepada
adik-adiknya,” katanya yang bekerja sendiri dengan pendapatan sekitar RM600
sebulan.
Sementara itu guru besar sekolah
itu, Mohd. Sabri Mat Jaya berkata, Nur Dina layak menerima bantuan RMT dan
permohonan ibu bapa mereka sebelum ini telah diluluskan cuma pemberian bantuan
makanan itu untuk murid tahun 1 hanya akan bermula pada bulan depan.
Menurutnya, keakraban dan kasih
sayang antara dua beradik itu diharap menjadi teladan kepada murid–murid lain.
“Kita jadikan nilai kasih sayang
dan keikhlasan antara mereka sebagai model dan perlu dicontohi,”
Sinar Online melaporkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah juga tersebut memuji didikan kedua-dua ibu bapa Muhamad Hisham sehingga murid tersebut mempunyai sifat terpuji.
Yang Dipertuanya, Mat Suhaimi
Mohd Arshad berkata, PIBG menghargai dan mengiktiraf kepada usaha ibu bapa
kanak-kanak tersebut dengan menghulurkan sumbangan menerusi Ziarah Cakna.
“Selain barangan asas, pihak PIBG
bersetuju menaja belanja kantin dua beradik itu selama dua minggu Januari ini
dan berharap agar permandangan indah antara dua beradik ini menjadi contoh
terbaik,”
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked