Oleh: Rozais al-AnamyMasyarakat ibu kota seharusnya mempunyai mentaliti lebih bertamadun. – Gambar hiasan
SESEORANG yang tidak pernah menjejakkan kaki ke kota batu Kuala Lumpur pasti terpana melihat pembangunan pesat di kota metropolitan ini. Deretan bangunan pencakar langit seperti Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur dan gedung beli belah bertaraf dunia di sekitar segi tiga emas memukau mata dan hati pelancong luar bandar.
Begitu juga dengan pusat pentadbiran Putrajaya yang terdiri dari
bangunan pelbagai bentuk yang moden dan unik. Keindahan pusat pentadbiran ini
ditambah dengan hiasan lanskap yang sangat mesra jiwa dan perasaan.
Malah kita kadangkala berasa sedang mendongak pandang bangunan di
kota London atau kota besar dunia pertama yang lain. Hanya apabila terpandang Jalur
Gemilang, barulah perasaan kembali semula ke dunia nyata.
Warga kota terutama kalangan remaja pula kelihatan sibuk dengan perkakas
elektronik masing-masing. Di merata tempat mereka leka menatap skrin gajet
sehingga kadangkala berselisih bahu dengan saudara sendiri pun tidak perasan. Kalangan
kelas menengah dan elit pula bergaya dengan kereta mewah atau separa mewah yang
boleh dilihat sebagai cerminan kemajuan Kuala Lumpur.
Inilah penampilan fizikal negara maju yang difahami kebanyakan
manusia, iaitu kemajuan dari sudut infrastruktur, struktur dan gaya hidup.
Begitu juga Malaysia yang bakal mendapat status negara maju lebih setahun
sahaja lagi apabila Wawasan 2020 sampai ke penghujung pada 2020. Kesemua tanda
aras dan ciri negara maju hampir dipenuhi oleh negara ini.
Namun dalam keterujaan mempersiapkan negara
ke status negara maju ini, pembangunan modal insan yang bermutu tinggi menjadi
satu ciri yang wajib diutamakan. Ini kerana sesebuah negara maju tidak wajar
hanya diukur dari segi pembangunan materi, sebaliknya juga didiami oleh
masyarakat berminda kelas pertama.
Antara cirinya ialah masyarakat yang
beragama, berilmu pengetahuan, berbudaya, berintegriti, berdaya saing, patriotik
serta memiliki kekuatan moral. Identiti nasionalnya kekal terserlah melalui
pembinaan jati diri yang kukuh dan utuh serta tidak mudah dihanyutkan oleh arus
globalisasi.
Berbeza dengan masyarakat mentaliti kelas
ketiga di mana tahap pemikiran yang rendah dan mudah terpengaruh, seseorang
akan dengan mudah menyerap sebarang anasir buruk yang dibawa masuk melalui
langit terbuka. Justeru itu lahirlah masyarakat yang rapuh jati diri dan hanyut
dalam dunia hedonism serta meminggirkan nilai manusiawi dalam diri.
Masyarakat sebegini akan membantutkan
wawasan negara kerana tiada matlamat dan halatuju hidup. Mereka hidup sekadar untuk
berhibur dan
tidak mampu untuk mencambahkan pemikiran
dan minda, bekerja hanya semata-mata untuk duit dan bukannya berdasarkan minat
atau tanggungjawab, tiada kesedaran sivik dan kadangkala pula tersasar dari
agama.
Walhal kesemua kualiti ini sangat penting untuk membina masyarakat
yang bersedia dalam mencapai negara maju kerana infrastruktur dan struktur sahaja
tidak boleh membangkitkan citra sebuah negara atau bandar raya. Untuk
memanfaatkan infrastruktur dan struktur berkelas dunia, nilai insan perlu
dianjakkan supaya selari dengan kemajuan fizikal itu.
Kemajuan tentunya tidak bererti dan kecanggihan tidak mengubah
apa-apa kalau sikap dan mentaliti masyarakat masih di tahap dunia ketiga.
Inilah yang tertampil apabila pembangunan bertaraf dunia dimanfaatkan secara
tidak berhemah kerana terkepung dalam mentaliti kelas tiga.
Sikap dan mentaliti masyarakat yang merangkumi soal kesedaran sivik,
sosiobudaya dan sosiopolitik setempat hanyalah setaraf kelas ketiga. Kalau dari
laras ekonomi, Malaysia sememangnya tergolong dalam negara dunia ketiga.
Ini berasaskan beberapa ciri antaranya negara pengeksport bahan
mentah, negara pengguna bukan pengeluar, bekas jajahan Barat dan meneruskan
sistem politik acuan Barat dan kebergantungan kepada negara dunia pertama seperti Amerika Syarikat dan
negara dunia kedua seperti negara-negara
Eropah.
Namun begitu, masih tidak terlewat bagi negara ini untuk keluar dari
label negara dunia ketiga yang sangat sinonim dengan ciri-ciri seperti kurang
amanah, rendah sivik dan menjadi mangsa konsumerisme. Perubahan
sikap dan mentaliti boleh sahaja berlaku sekiranya wujud satu gerakan kesedaran
yang kuat dari kedua-dua pihak; pemerintah dan rakyat.
Sebenarnya mentaliti dunia ketiga ini bukan sahaja berkait sikap
masyarakat terhadap perkara-perkara seperti kebersihan, etika menggunakan
pengangkutan atau tandas awam. Ia turut melibatkan pelaksana dasar dalam sektor
awam, pihak swasta termasuk pihak pemaju hartanah seterusnya pihak berkuasa tempatan
(PBT).
Kuala Lumpur yang sering dilanda banjir kilat dan tanah runtuh
misalnya merupakan antara akibat yang menunjukkan tidak wujud kesedaran sivik
dalam kalangan sesetengah teraju sektor swasta contohnya pemaju. Pihak pemaju yang mempunyai kesedaran sivik
yang tinggi tidak sahaja menitikberatkan kawasan pembinaan tetapi aliran air di
kawasan sekitar.
Ini ditambah oleh sikap tidak endah pelaksana dasar dalam sektor
awam untuk memantau atau memerhati pembangunan di sesebuah kawasan bagi
memastikan pemaju tidak lepas tangan terhadap kesan pembangunan yang
dijalankan.
Kebersihan di Kuala Lumpur secara relatifnya sangat rendah. Ini
disebabkan tidak mendapat kerjasama daripada pengguna kerana
belenggu mentaliti dunia ketiga.
Begitu juga mentaliti sesetengah pengguna jalan raya di negara yang
akan melangkah sebagai negara maju setahun lebih sahaja lagi ini, tidak ada
bezanya dengan negara mundur seperti Vietnam atau Kemboja, padahal negara ini
mempunyai sistem lebuh raya antara termoden di rantau ini.
Seharusnya kita perlu bimbang dengan perkembangan yang songsang ini.
Maka pembangunan insan mesti menjadi agenda utama kerajaan untuk menganjakkan
sikap dan mentaliti dari dunia ketiga pada dunia pertama.
Nilai-nilai keinsanan perlu diselarikan dengan pembangunan fizikal supaya infrastruktur dan struktur yang kaku itu dapat dimanfaatkan untuk memudahkan kehidupan moden di bandar raya yang bertaraf dunia ini. – WILAYAHKU, 11-17 Jan.
*ROZAIS AL-ANAMY adalah penulis sastera dan penulis bebas di akhbar, majalah dan portal di Malaysia.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.