Darell Leiking, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia – Foto Sinar Online
KUALA LUMPUR, 25 Januari – Malaysia komited untuk membawa delegasi terdiri daripada kerajaan dan perniagaan, termasuk Khazanah Nasional Bhd, ke Palestin untuk meneroka kerjasama berpotensi dalam bidang kewangan Islam, pertanian dan tenaga boleh diperbaharu.
Dalam kenyataan pada Rabu,
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking berkata,
Malaysia juga berpendapat usaha meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan
dua hala dengan Palestin sentiasa menjadi keutamaan kerajaan.
Darell mengadakan pertemuan
dengan Menteri Ekonomi Negara Palestin, Dr Abeer Odeh, dan Pengerusi Bank of
Palestine, Hashim Shawa pada 22 Januari di luar Forum Ekonomi Dunia 2019 di
Davos, Switzerland.
Tujuannya untuk membuat susulan
daripada mesyuarat antara kerajaan Palestin dengan Khazanah. Khazanah
berperanan sebagai cabang pelaburan Dana Pelaburan Palestin dalam pasaran modal
global dan serantau.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa
dan Industri (Miti) berkata, Palestin telah menyatakan penghargaannya atas
sokongan politik dan ekonomi yang berterusan dari Malaysia.
Sinar Online melaporkan daripada
bernama bahawa delegasi itu juga mempelawa pemimpin Malaysia untuk berkunjung
ke Palestin.
Bagi tujuan memperkukuh kerjasama
perdagangan dua hala dengan Malaysia, Palestin mencadangkan Memorandum
Persefahaman khusus untuk kerjasama dalam aspek barangan; perkhidmatan;
pelaburan; tenaga; teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); penjagaan kesihatan
dan pelancongan.
Palestin juga mencadangkan idea
mewujudkan jalinan antara ejen pelancongan dari kedua-dua negara dalam
menyediakan pakej ziarah ke Baitulmuqaddis dan Bethlehem.
Mengenai pelaburan, Palestin
mengetengahkan peluang berpotensi untuk Malaysia dalam bidang ICT; tenaga boleh
diperbaharu; kewangan Islam dan pelancongan.
Bagaimanapun, cabaran yang
dihadapi adalah persepsi negatif terhadap situasi ekonomi dan politik di
Palestin, terutamanya dengan penjajahan Israel.
Palestin juga memaklumkan bahawa
lawatan delegasi perniagaan ke Malaysia akan dilaksanakan tahun ini untuk
memanfaatkan hubungan dua hala yang baik antara kedua-dua negara.
Lawatan itu akan dibuat sempena
Pameran Halal Malaysia 2019.
Dari segi perdagangan dua hala
semasa, jumlah perdagangan Malaysia dengan Palestin bagi tempoh Januari hingga
November 2018 meningkat 32 peratus kepada RM13 juta berbanding tempoh sama
2017. Jumlah eksport meningkat kepada RM7.7 juta, manakala import meningkat
kepada RM5.3 juta.
Lima eksport utama ke Palestin
pada 2017 termasuk minyak sawit dan produk pertanian berasaskan sawit; produk
perkilangan berasaskan minyak sawit, makanan diproses; peralatan optik dan
saintifik serta produk kayu.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.