Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Anggota pengganas pro Trump bom masjid

DUNIA

Anggota pengganas pro Trump bom masjid

Dua teroris militan White Rabbits mengaku melakukan pengeboman ke atas masjid di Minneapolis – Foto Sinar Online

CHICAGO, 25 Januari – Dua anggota kumpulan militia pro-Donald Trump, mengaku bersalah mengebom sebuah masjid di pinggir Minneapolis dalam usaha menakutkan penduduk Islam Amerika Syarikat (AS) untuk meninggalkan negara itu.

Michael McWhorter, 29, dan Joe Morris, 23, membuat pengakuan itu semalam terhadap tuduhan berpunca daripada jenayah termasuk dua cubaan merompak, rompakan bersenjata dan cubaan memeras ugut syarikat kereta api.

Polis berkata, kedua-dua lelaki itu adalah anggota militia White Rabbits, yang mana pemimpin mereka telah memohon untuk membina tembok di sepanjang sempadan AS-Mexico.

Sinar Online melaporkan, dalam pengakuannya, McWhorter berkata kumpulannya mengebom Pusat Islam Dar Al-Farooq pada Ogos 2017 sebagai mesej ‘anda tidak dialu-alukan di sini’.

Tiada siapa cedera dalam pengeboman yang merosakkan pejabat imam masjid berkenaan.

Pengeboman berlaku beberapa bulan sebelum Trump menjadi presiden, dengan peningkatan kebimbangan diskriminasi terhadap penduduk Islam AS dan laporan pertambahan kejadian jenayah benci.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading