SULTAN SELANGOR TITAH NAZIR GUNA ICT PANTAU AKTIVITI MASJID
Sultan Sharafuddin bertitah kelengkapan ICT di masjid akan memberi manfaat kepada pihak masjid dan ahli kariah kerana setiap perjalanan ceramah dibuat secara langsung atau dalam talian boleh dikongsi oleh mereka yang tidak hadir ke majlis ilmu tersebut, selain mudah dirujuk semula apabila diperlukan.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (kanan) mengurniakan watikah pelantikan Nazir Masjid Al-Falah USJ9 kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani pada Istiadat Pengurniaan Tauliah Pelantikan Nazir dan Imam Masjid-Masjid di Negeri Selangor Sesi 2023 – 2025 di Istana Alam Shah, hari ini. — fotoBERNAMA
KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan nazir di semua masjid seluruh negeri memperuntukkan sebahagian daripada kewangan masjid bagi menyediakan kelengkapan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk merekod serta memantau semua aktiviti ceramah.
Sultan Sharafuddin bertitah kelengkapan ICT di masjid akan memberi manfaat kepada pihak masjid dan ahli kariah kerana setiap perjalanan ceramah dibuat secara langsung atau dalam talian boleh dikongsi oleh mereka yang tidak hadir ke majlis ilmu tersebut, selain mudah dirujuk semula apabila diperlukan.
Baginda bertitah masjid boleh berfungsi dengan lebih baik sebagai pusat maklumat yang boleh membekal data kepada semua agensi agama seperti Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ahli kariah serta pihak lain.
“Melalui penggunaan teknologi (ICT) juga, MAIS boleh memantau dan menyemak laporan kewangan semua masjid dan surau dengan kaedah dalam talian. Ini boleh mengelak berlaku penyelewengan dalam pengurusan kewangan masjid dan surau di negeri ini,” titah baginda.
Sultan Selangor bertitah demikian semasa istiadat pengurniaan watikah pelantikan kepada 1,256 nazir dan imam masjid di seluruh Selangor, di Istana Alam Shah di sini hari ini.
Turut berkenan berangkat ke istiadat itu, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.
Sultan Sharafuddin turut menasihatkan semua nazir dan imam masjid agar dapat mentadbir masjid dengan cekap, efisien, telus dan profesional.
“Sebarang keputusan yang diambil oleh nazir serta jawatankuasa hendaklah mengikut undang-undang dan peraturan serta titah beta. Kegagalan mematuhi segala peraturan dan titah beta membolehkan tindakan penguatkuasaan undang-undang dikenakan terhadap mereka yang bertanggungjawab,” titah baginda.
Baginda juga berharap dan menasihatkan para pegawai masjid khususnya nazir dan imam supaya terus memelihara kemuliaan institusi masjid daripada dicemari oleh elemen yang boleh merosakkan akidah, perpaduan dan kesatuan ummah.
Dalam pada itu, Sultan Selangor juga mengingatkan program bagi memakmurkan masjid seperti kuliah, ceramah dan tazkirah hanya boleh disampaikan oleh mereka yang mempunyai tauliah yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Tauliah MAIS.
Baginda bertitah bagi penceramah luar negara, mereka dibenarkan menyampaikan kuliah, ceramah dan tazkirah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong, Masjid Diraja Sultan Sulaiman di Klang dan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah di Cyberjaya sahaja. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked