BANJIR: 12 JAM TUNGGU TANPA MAKANAN, ANAK LEGA IBU BAPA DISELAMATKAN
Kalai Arasi yang tinggal di Johor Bahru bimbang keadaan kedua ibu bapanya, K.Dhevaseelan, 65, dan S.Ramai, 62, yang merupakan golongan warga emas dan turut menghidap darah tinggi.
Keadaan banjir yang melanda salah sebuah rumah penduduk di Kampung Cahaya Baru menyebabkan beberapa mangsa terpaksa dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Muafakat MBPG Kampung Cahaya Baru. Sumber Gambar: BERNAMA
SEGAMAT: Seorang wanita menarik nafas lega apabila kedua ibu bapanya serta abangnya yang menjadi mangsa banjir di Chaah, dekat sini, diselamatkan oleh anggota penyelamat selepas 12 jam terperangkap.
D.Kalai Arasi, 29, berkata dia dihubungi oleh abangnya D.Yogesvaran, 32, pada 3 pagi semalam yang memberitahu kediamannya di Pekan Chaah dinaiki air banjir sedalam satu meter.
Kalai Arasi yang tinggal di Johor Bahru bimbang keadaan kedua ibu bapanya, K.Dhevaseelan, 65, dan S.Ramai, 62, yang merupakan golongan warga emas dan turut menghidap darah tinggi.
“Ketika air telah mula memasuki rumah, abang saya menyelamatkan barang-barang dan dokumen yang penting, sementara ibu dan bapa berteduh di tembok luar rumah sambil mengharapkan ada pihak yang menyelamatkan mereka.
“Abang, ibu dan bapa mula menghubungi sesiapa sahaja untuk diselamatkan termasuk pasukan keselamatan namun usaha mereka tidak berjaya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Menurut Kalai Arasi, dia mula bimbang dengan keadaan berkenaan dan hampir setiap jam menghubungi abangnya untuk mengetahui keadaan ibu bapa mereka.
Dia turut menghubungi kenalan di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) untuk meminta bantuan, yang kemudiannya maklumat mengenai mereka disalurkan kepada anggota penyelamat termasuk lokasi mereka berada.
Kalai Arasi berkata ketiga-tiga mereka yang berada dalam keadaan basah kuyup kemudian diselamatkan anggota bomba dan tentera menggunakan bot pada 5.30 petang.
“Selepas dimaklumkan abang bahawa mereka telah dibawa ke Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bali, barulah saya lega dan mula menjamah makanan, yang saya tidak sentuh semenjak awal pagi.
“Ketika diselamatkan pasukan penyelamat, keadaan ayah hampir pengsan kerana kesejukan dan kelaparan, namun saya bersyukur dan berterima kasih kerana mereka berjaya diselamatkan sebelum waktu malam,” katanya yang memahami jalan terputus antara Chaah dengan Labis telah menyebabkan kelewatan misi menyelamat.
Segamat kini daerah paling terjejas banjir di negeri ini dengan jumlah mangsa seramai 7,272 orang.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked