Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SUNTIK PICAGARI KOSONG UNTUK SIJIL VAKSIN COVID-19

DALAM NEGARA

SUNTIK PICAGARI KOSONG UNTUK SIJIL VAKSIN COVID-19

BAGAN SERAI: Taktik terbaharu untuk mendapatkan sijil digital vaksinasi COVID-19 bagi golongan enggan menerima vaksin iaitu dengan menawarkan suntikan picagari kosong.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, tindakan individu yang sanggup disuntik picagari kosong adalah penipuan yang sia-sia dan membahayakan diri sendiri serta orang sekeliling.

Jelasnya, perkara tersebut tidak wajar kerana kerajaan telah memberikan suntikan COVID-19 secara percuma kepada rakyat menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Tindakan tersebut merupakan satu kesalahan, sebab kerajaan memberi suntikan untuk menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia.

“Bukan setakat rakyat Malaysia, warga asing juga turut diberikan suntikan vaksin secara percuma,” katanya, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan tular di media sosial terdapat pihak menawarkan perkhidmatan suntikan picagari kosong bagi memperoleh sijil digital vaksinasi COVID-19 di aplikasi MySejahtera bagi tujuan rentas negeri.

Individu tersebut juga mendakwa perkara tersebut tidak berdosa demi keselamatan diri.

Tegas Noor Azmi, Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan sekiranya didapati benar berlaku.

Tambahnya, siasatan akan dibuat bagi memastikan tidak ada mana-mana petugas kesihatan yang bersubahat dengan golongan anti-vaksin bagi tujuan tersebut.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading