Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TAK PUAS HATI MOTOSIKAL KENA TARIK, WANITA NEKAD BAKAR

DALAM NEGARA

TAK PUAS HATI MOTOSIKAL KENA TARIK, WANITA NEKAD BAKAR

Seorang wanita yang tidak berpuas hati kerana motosikalnya ditarik akibat tunggakan bayaran selama 20 bulan bertindak nekad membakar kenderaan tersebut di Pokok Assam, dekat Taiping petang semalam dan video kejadian itu tular di media sosial.

Tangkap layar dari video tular

IPOH: Seorang wanita yang tidak berpuas hati kerana motosikalnya ditarik akibat tunggakan bayaran selama 20 bulan bertindak nekad membakar kenderaan tersebut di Pokok Assam, dekat Taiping petang semalam dan video kejadian itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail berkata wanita berusia 40-an itu telah ditahan semalam untuk siasatan lanjut.

“Pada pukul 4.27 petang (26 Dis), polis menerima laporan daripada seorang lelaki berhubung kejadian seorang wanita membakar sebuah motosikal jenis Honda RSX berwarna hitam di Jalan Masjid, Pokok Assam, Taiping. Wanita itu kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohamad Nasir berkata berdasarkan siasatan awal, mendapati motif kejadian berpunca daripada rasa tidak berpuas hati dengan tindakan penarik motosikal yang ingin menarik motosikal tersebut kerana ansuran tertunggak selama 20 bulan.

Menurutnya, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading