TANAH RUNTUH: PENDUDUK DAKWA AIR MENGALIR DERAS DARI BUKIT SETIAP KALI HUJAN
Kebimbangan penduduk Taman Melawati mengenai aliran air deras dari bukit berhampiran setiap kali hujan lebat akhirnya menjadi kenyataan apabila kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan E6, kawasan perumahan mereka pagi tadi.
AMPANG: Kebimbangan penduduk Taman Melawati mengenai aliran air deras dari bukit berhampiran setiap kali hujan lebat akhirnya menjadi kenyataan apabila kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan E6, kawasan perumahan mereka pagi tadi.
Pesara tentera Tajul Ariffin Chu Zahari, 69, berkata penduduk telah beberapa kali menyuarakan kebimbangan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sejak tahun lepas agar tindakan segera dapat dilakukan.
“Terdapat dua lokasi air mengalir, satu daripadanya di kawasan tanah runtuh hari ini. Jika hujan lebat, memang air mengalir deras dari atas bukit. Depan rumah penduduk juga akan dipenuhi lumpur,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata meskipun PBT telah melakukan pemeriksaan, mereka memaklumkan masalah itu dianggap ‘kes kecil’ dan tidak membahayakan.
Shireen Nik Ibrahim, 54, yang tinggal hanya 50 meter dari lereng bukit berkenaan mendakwa beberapa kejadian runtuhan kecil pernah berlaku sebelum ini, menambah kebimbangan keluarganya yang menetap di kawasan itu sejak 2000.
“Setiap kali hujan, saya dan keluarga rasa tidak selamat sebab sering berlaku tanah runtuh kecil. Hari ini berlaku kejadian terbesar sejak saya tinggal di sini,” katanya.
Eksekutif di sebuah syarikat berkaitan kerajaan itu berkata ketika kejadian pada 9.30 pagi tadi, beliau dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum menerima panggilan daripada jiran memaklumkan insiden berkenaan selain suara jeritan, dipercayai anak perempuannya yang berada di rumah.
“Anak saya berada dalam kereta untuk ke tempat kerja sebelum nampak ada pokok turun (tumbang). Dia segera keluar dari kereta dan berlari ke rumah jiran untuk menyelamatkan diri. Kejadian tanah runtuh berlaku sebanyak dua kali menyebabkan dia mengalami trauma yang teruk,” katanya.
Pondok pengawal di kawasan perumahan turut terjejas, manakala laluan utama ke 20 buah rumah teres berkenaan terputus sama sekali.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail mengesahkan penghuni 20 rumah di kawasan berkenaan diarah mengosongkan kediaman masing-masing sebagai langkah keselamatan berikutan hujan lebat yang menyebabkan tanah runtuh.
Beliau berkata kesemua penduduk yang terkesan dengan kejadian itu diarahkan berpindah ke Dewan Serbaguna Jalan E5 Taman Melawati buat masa ini.
Setakat 3.30 petang ini, kerja-kerja membersihkan kawasan, termasuk pengalihan pokok tumbang giat dijalankan oleh penduduk dengan bantuan pihak berkuasa yang terdiri daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Kerja Raya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.