NAHAS PELAJAR UITM DUNGUN: PEMANDU WANITA TIADA LESEN MEMANDU
Pemandu wanita yang melanggar empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun Rabu lepas sehingga menyebabkan tiga daripada mereka maut, tidak memiliki lesen memandu.
KUALA TERENGGANU: Pemandu wanita yang melanggar empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun Rabu lepas sehingga menyebabkan tiga daripada mereka maut, tidak memiliki lesen memandu.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata setakat ini seramai 11 individu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.
“Saksi yang dipanggil terdiri daripada mereka yang berada di lokasi dan menyaksikan kejadian itu berlaku serta ahli keluarga suspek,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini hari ini.
Mohd Khairi berkata pertuduhan ke atas wanita itu, yang telah dijalankan hari ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 307 (1) akta yang sama (cubaan membunuh), dibuat atas arahan Jabatan Peguam Negara.
“Kebiasaannya apabila berlaku kejadian sebegini kita akan bawa pertuduhan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 tetapi kali ini ia tidak sebegitu dan arahan Jabatan Peguam Negara ialah suspek hendaklah dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Sebab mengambil kira di tempat kejadian bahawa mungkin ada berlakunya rempuhan yang mana suspek mungkin dalam keadaan sedar tidak memberhentikan kenderaan dan telah mengheret mangsa sehingga melebihi 100 meter iaitu unsur-unsur untuk membunuh itu wujud,” katanya.
Dalam pada itu katanya meskipun terdapat dakwaan mengatakan ibu kepada tiga anak itu sebelum ini selalu mengganggu pelajar dan penduduk di sekitar UiTM Dungun, namun polis tidak pernah menerima laporan atau aduan mengenai perkara itu.
Selain itu Mohd Khairi juga mengingatkan masyarakat termasuk netizen supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau komen berunsur negatif terhadap suspek memandangkan dia telah pun dituduh hari ini dan semua pihak perlu menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.
Terdahulu, Norizan Ismail, 49, dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Dungun dan Seksyen 307 (1) akta sama di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan dia telah diarahkan untuk menjalani pemeriksaan dan pemerhatian mental selama sebulan di Hospital Permai Johor Bahru.
Dalam kejadian pada 7.35 malam, Rabu lepas di Jalan Pantai berhadapan UiTM Dungun, suri rumah berkenaan yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) disyaki telah merempuh dua motosikal dinaiki empat pelajar yang dalam perjalanan pulang ke kampus.
Tiga yang maut ialah dua penuntut Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Ku Adib Aizad Ku Azmi dan Khairil Anwar Jamaludin masing-masing berusia 20 tahun dan Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Makanan.
Seorang lagi mangsa yang cedera, Muhammad Ammar Danish Mohd Ridhuan, 20, juga merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked