Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TANGANI ISU PEMBESAR SUARA DI MASJID SECARA BERHIKMAH

DALAM NEGARA

TANGANI ISU PEMBESAR SUARA DI MASJID SECARA BERHIKMAH

KUALA NERUS: Aduan berkaitan sebuah masjid di ibu negara yang dikatakan memasang pembesar suara dengan kuat untuk tujuan kuliah agama sehingga mengganggu ketenteraman penduduk setempat akan diteliti secara berhikmah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hasan. — Gambar fail / Bernama

KUALA NERUS: Aduan berkaitan sebuah masjid di ibu negara yang dikatakan memasang pembesar suara dengan kuat untuk tujuan kuliah agama sehingga mengganggu ketenteraman penduduk setempat akan diteliti secara berhikmah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata terdapat pihak berkuasa yang akan memberikan panduan dan bimbingan agar isu tersebut dapat diselesaikan dengan menyantuni sensitiviti masyarakat.

“Sudah ada jentera atau autoriti untuk ambil tindakan…Kita tidak mahu ada apa-apa isu yang menggugat ketenteraman. Insya-Allah secara berhikmah dengan sebaik mungkin perkara itu akan ditangani tanpa membangkitkan ketidakselesaan masyarakat,” katanya pada program MADANI Prihatin bagi aktiviti gotong-royong membersihkan Sekolah Rendah Islam Al-Amin, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas aduan tular di media sosial berkaitan sebuah masjid di ibu negara yang didakwa memasang pembesar suara dengan terlalu kuat ketika sesi kuliah agama, yang menimbulkan pelbagai reaksi  dalam kalangan penduduk berhampiran baru-baru ini. 

Sementara itu Zulkifli berkata kira-kira 10,000 sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berdaftar, selain 14 agensi di bawah Hal Ehwal Agama termasuk Skuad Musa’adah Al-Falah MADANI, telah digerakkan bagi misi bantuan pascabanjir di seluruh negara. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading