Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MALAYSIA PANTAU RAPAT SITUASI DI SYRIA, UTAMAKAN KESELAMATAN RAKYAT

DALAM NEGARA

MALAYSIA PANTAU RAPAT SITUASI DI SYRIA, UTAMAKAN KESELAMATAN RAKYAT

PUTRAJAYA: Malaysia memantau secara rapat perkembangan situasi di Syria serta potensi implikasinya terhadap kestabilan serantau.

Rakyat Syria berkumpul meraikan pembebasan dari pemerintahan Bashar Al Assad. — Foto/ AFP

PUTRAJAYA: Malaysia memantau secara rapat perkembangan situasi di Syria serta potensi implikasinya terhadap kestabilan serantau.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan bahawa pihaknya melalui Konsul Kehormat Malaysia di Syria sedang berhubung secara berterusan dengan rakyat Malaysia di negara itu.

“Setakat ini, semua 37 pelajar Malaysia dan lima rakyat Malaysia lain yang berdaftar di negara itu dilaporkan selamat,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Kementerian Luar Negeri menyatakan pihaknya akan terus memantau dengan rapat keadaan dan memberikan maklumat terkini untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia di rantau itu juga digalakkan untuk mendaftar melalui E-Konsular di https://ekonsular.kln.gov.my bagi menerima maklumat terkini dan bantuan jika diperlukan.

Kementerian itu turut memaklumkan bahawa rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular, mereka diminta menghubungi Konsul Kehormat Malaysia di Syria atau Kedutaan Besar Malaysia di Amman.

Konsul Kehormat Malaysia di Syria boleh dihubungi melalui talian +963933245555 atau e-mel samir@honconsuladvisor.my.

Kedutaan Besar Malaysia di Amman pula boleh dihubungi melalui talian +962 6 5902400 / +96265934343 atau e-mel mwamman@kln.gov.my. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading