Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BEKAS PRESIDEN SYRIA TIBA DI MOSCOW BERSAMA KELUARGA, RUSIA TAWAR SUAKA 

DUNIA

BEKAS PRESIDEN SYRIA TIBA DI MOSCOW BERSAMA KELUARGA, RUSIA TAWAR SUAKA 

ISTANBUL: Bekas Presiden Syria, Bashar al-Assad bersama keluarganya tiba di Moscow pada Ahad selepas Rusia menawarkan suaka kepada mereka, lapor Agensi Anadolu memetik agensi berita negara Rusia. 

Penunjuk perasaan berdiri di atas gambar Bekas Presiden Syria, Bashar al-Assad. — AFP

ISTANBUL: Bekas Presiden Syria, Bashar al-Assad bersama keluarganya tiba di Moscow pada Ahad selepas Rusia menawarkan suaka kepada mereka, lapor Agensi Anadolu memetik agensi berita negara Rusia. 

“Assad dan ahli keluarganya telah tiba di Moscow. Atas pertimbangan kemanusiaan, Rusia telah memberikan suaka kepada mereka. 

“Rusia sentiasa menyokong penyelesaian politik bagi krisis Syria. Kami menegaskan bahawa rundingan yang dikendalikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu disambung semula,” kata TASS yang memetik sumber Kremlin

Pegawai Rusia sedang berhubung dengan wakil-wakil pembangkang bersenjata Syria, dengan pemimpinnya memberi jaminan keselamatan kepada pangkalan tentera serta misi diplomatik Rusia di wilayah Syria. 

Pergolakan kembali tercetus pada 27 Nov di kawasan luar bandar barat Aleppo, sebuah bandar utama di utara Syria.

Dalam tempoh 10 hari, pasukan pembangkang melancarkan serangan dengan menawan beberapa bandar strategik sebelum berjaya menguasai ibu negara Damsyik, pada Ahad dan menyebabkan kejatuhan rejim Assad selepas 13 tahun perang saudara. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading