Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AMARAN HUJAN LEBAT TAHAP BURUK, WASPADA DI TUJUH NEGERI HINGGA RABU

DALAM NEGARA

AMARAN HUJAN LEBAT TAHAP BURUK, WASPADA DI TUJUH NEGERI HINGGA RABU

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat tahap buruk dan waspada di tujuh negeri termasuk di Pantai Timur yang diramal berlaku hingga Rabu ini. 

Gambar hiasan. — Bernama

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat tahap buruk dan waspada di tujuh negeri termasuk di Pantai Timur yang diramal berlaku hingga Rabu ini. 

MetMalaysia menerusi kenyataan dikeluarkan 9 pagi ini, memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk diramal melanda lima daerah di Pahang iaitu Kuantan, Pekan, Jerantut, Maran dan Rompin selain Kemaman dan Dungun di Terengganu. 

Seluruh Kelantan dan Perlis pula diramal mengalami hujan berterusan tahap waspada dalam tempoh masa sama, selain cuaca itu juga dijangka di Hulu Perak, Perak dan Kedah melibatkan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling. 

Turut dijangka mengalami cuaca itu ialah Pahang di Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera; Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang) serta Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi). — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading