Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TENTERA ISRAEL MUSNAHKAN 60 PERATUS RUMAH DI SEMENANJUNG GAZA

DALAM NEGARA

TENTERA ISRAEL MUSNAHKAN 60 PERATUS RUMAH DI SEMENANJUNG GAZA

Sumber Gambar: Media Sosial

BANDAR GAZA: Tentera rejim Zionis Israel dilaporkan memusnahkan lebih 60 peratus rumah dan unit kediaman di Semenanjung Gaza, menurut pejabat media kerajaan Gaza pada Khamis.

“Tindakan tentera penceroboh Israel memusnakan rumah dan unit kediaman menyebabkan penduduk berdepan dengan bencana kemanusiaan yang semakin meruncing, terutamanya di wilayah Gaza dan utara Gaza,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan itu.

Selain itu, lebih 26 hospital dan 55 pusat kesihatan terpaksa menutup operasi sama ada akibat bedilan bom, ditawan atau dimusnahkan.

“Ribuan mangsa yang maut masih berada di bawah runtuhan dan pasukan pertahanan awam tidak dapat mengeluarkannya kerana kawasan berkenaan telah dikepung selain masalah kekurangan jentera, peralatan dan bahan api,” menurut kenyataan itu.

Pejabat media itu bekata Gaza memerlukan 1,000 trak setiap hari untuk mengangkut bantuan yang diperlukan dan satu juta liter bahan api setiap hari diperlukan untuk memulakan fasa pemulihan.

Justeru itu, Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) digesa untuk merangka segera satu pelan menyelamat untuk mencari penyelesaian kepada krisis kemanusiaan secepat mungkin bagi membantu lebih daripada seperempat juta keluarga yang rumah mereka musnah atau rosak.

Menurut pejabat media itu, penduduk di wilayah berkenaan memerlukan lebih banyak hospital medan yang dilengkapi dengan peralatan perubatan untuk membantu puluhan ribu mangsa yang cedera.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading