Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Teo Nie Ching tak wajar iktiraf UEC

DALAM NEGARA

Teo Nie Ching tak wajar iktiraf UEC

SHAH ALAM – Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching tidak wajar mengeluarkan kenyataan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sedangkan kementerian tersebut masih menjalankan kajian.

Penasihat Persatuan Linguistik Malaysia, Prof Datuk Dr Awang Sariyan berkata, beliau menyokong kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pengiktirafan tersebut hanya boleh dibuat oleh kerajaan.

Beliau berkata, berdasarkan pandangan pejuang bahasan dan pendidikan kebangsaan, pengiktirafan UEC tidak dapat diterima kerana sijil yang dikeluarkan oleh badan persendirian yang tidak jelas kurikulum, latihan guru, kaedah pengajaran dan mutu peperiksaan.

“Kedua, Pengiktirafan UEC akan mewujudkan sijil substandard di negara ini yang mencacatkan mutu penaksiran dan penilaian serta mutu pendidikan negara yang dikendalikan oleh badan berwibawa, iaitu Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia.

“Ketiga, UEC dikendalikan oleh badan yang sejarah awalnya berkiblat ke Taiwan dan hingga kini tidak jelas adakah sistem, kurikulum, latihan guru dan buku teks selaras dengan ciri-ciri kenegaraan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Dr Mahathir menegaskan keputusan untuk mengiktiraf UEC hanya boleh dibuat kerajaan.

Jelasnya, keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia bagi mengiktiraf sijil itu hanyalah pendapat mereka sahaja.

Mengulas lanjut, Awang berkata, pengiktirafan UEC bakal mewujudkan persaingan tidak wajar dalam peluang pengajian tinggi dan pekerjaan kepada lepasan sekolah menengah kebangsaan. – SINAR ONLINE


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading