TH BAWA JEMAAH ZIARAH LOKASI SEJARAH, TINGKAT PEMAHAMAN ISLAM DI MADINAH
Kesemua jemaah haji Malaysia akan dibawa ziarah ke beberapa lokasi bersejarah di kota suci Madinah sebagai antara aktiviti dirangka Lembaga Tabung Haji (TH) bagi meningkatkan pemahaman terhadap sirah Nabi Muhammad SAW serta sejarah perkembangan Islam.
Jemaah haji dibawa melawat beberapa lokasi bersejarah di sekitar Masjid Nabawi, bermula di Saqifah Bani Saidah, diikuti dengan lawatan ke Masjid Al-Ghamamah dan Masjid Saidina Abu Bakar.–fotoBERNAMA
MADINAH: Kesemua jemaah haji Malaysia akan dibawa ziarah ke beberapa lokasi bersejarah di kota suci Madinah sebagai antara aktiviti dirangka Lembaga Tabung Haji (TH) bagi meningkatkan pemahaman terhadap sirah Nabi Muhammad SAW serta sejarah perkembangan Islam.
Pengurus Ibadat Ziarah Madinah Mohamad Zahir Hussin @ Yusof berkata jemaah akan dibawa secara berkumpulan di bawah bimbingan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) untuk menyertai aktiviti ziarah dalam dan ziarah luar.
“Melalui program ziarah dalam, jemaah haji dibawa melawat beberapa lokasi bersejarah di sekitar Masjid Nabawi, bermula di Saqifah Bani Saidah, diikuti lawatan ke Masjid Al-Ghamamah dan Masjid Saidina Abu Bakar.
“Seterusnya, jemaah haji dibawa ke kawasan Kubah Hijau dan mereka diberikan panduan berhubung adab serta tatacara menziarahi makam Rasulullah SAW sebelum dibawa ke Perkuburan Baqi.
“Bagi program ziarah luar pula, jemaah haji akan dibawa menziarah tempat bersejarah termasuk Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, Masjid Tujuh serta ke ladang kurma,” katanya ketika ditemui semasa program ziarah dalam anjuran TH di sini hari ini.
Kumpulan pertama sebanyak 284 jemaah haji Malaysia musim 1446H/2025 terdiri daripada 112 jemaah lelaki dan 141 jemaah wanita selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, kira-kira 8.04 pagi waktu tempatan semalam.
Bagi musim haji kali ini, kerajaan Arab Saudi meluluskan 31,600 kuota haji untuk jemaah Malaysia dan mereka dijangka tiba di Madinah dan Makkah secara berperingkat.
Sementara itu, Mayashashiela Mat Isa, jemaah haji yang mengikuti program ziarah dalam hari ini berkata beliau berpuas hati dengan penerangan yang disampaikan PIHTAS.
“Ziarah yang kami lalui sangat memberi kesan kerana banyak maklumat yang selama ini saya hanya baca atau dengar, kini saya dapat lihat dan alami sendiri selain berpeluang melawat tempat-tempat bersejarah ini secara langsung, sekali gus membuatkan saya rasa sangat bersyukur,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.