ISRAEL GUNA KEBULURAN SEBAGAI “SENJATA PERANG” TERHADAP RAKYAT PALESTIN – AFRIKA SELATAN
“Undang-undang antarabangsa melarang Israel daripada menggunakan kebuluran sebagai kaedah peperangan. Sekalipun di bawah kepungan atau sekatan, Israel tidak boleh menghukum secara kolektif rakyat Palestin yang dilindungi di bawah pendudukan haramnya.”
Rakyat Palestin beratur untuk makan panas di dapur amal yang dikendalikan oleh Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di kem pelarian Nuseirat. (AFP)
GENEVAP: Afrika Selatan pada Selasa memberitahu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang Israel menggunakan kebuluran sebagai senjata terhadap rakyat Palestin di wilayah didudukinya, sekali gus melanggar kewajipan antarabangsa, lapor Anadolu Ajansi.
“Undang-undang antarabangsa melarang Israel daripada menggunakan kebuluran sebagai kaedah peperangan. Sekalipun di bawah kepungan atau sekatan, Israel tidak boleh menghukum secara kolektif rakyat Palestin yang dilindungi di bawah pendudukan haramnya,” kata wakil Afrika Selatan, Jaymion Hendricks pada hari kedua pendengaran awam di The Hague.
Hendricks berkata Israel “menggunakan sepenuhnya teknik kebuluran, mengawal tahap penderitaan dan kematian akibat sistem makanan, hingga ke tahap genosid. Walaupun terdapat cubaan mengerikan oleh pegawai Israel untuk menggambarkan sebaliknya, rakyat Palestin adalah manusia.”
Beliau menegaskan yang Israel “perlu bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara ikhlas dan memberikan segala bantuan yang diperlukan,” dan mesti memenuhi tanggungjawabnya sebagai kuasa pendudukan untuk memastikan bekalan makanan dan perubatan, serta memudahkan bantuan kemanusiaan, perkhidmatan asas dan pembangunan yang disalurkan oleh PBB, negara ketiga dan organisasi antarabangsa lain.
Hendricks turut menegaskan yang Israel mesti “menghentikan permusuhan sepenuhnya” dan “segera menarik balik keputusan untuk mengusir Agensi Bantuan dan Kerja PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA) serta agensi PBB lain daripada melaksanakan mandat mereka.”
Beliau turut menyeru PBB agar “menuntut dan berunding untuk menghapuskan halangan yang dikenakan oleh Israel” dan “terus menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin” meskipun terdapat sekatan Israel.
Negara ketiga juga, katanya, “mempunyai kewajipan untuk tidak mengiktiraf tindakan salah Israel di peringkat antarabangsa, termasuk pengharaman terhadap UNRWA…dan perlu bekerjasama untuk menamatkan tindakan itu,” sambil menggesa mereka agar menghentikan penyaluran senjata kepada Israel.
Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Hubungan dan Kerjasama Antarabangsa Afrika Selatan, Zane Dangor memberitahu mahkamah bahawa: “Sistem bantuan kemanusiaan kini berada di ambang kehancuran. Kehancuran ini disengajakan.”
Wakil Afrika Selatan, Nokukhanya Jele pula menegaskan yang “Israel tidak boleh mengenakan sebarang tindakan yang dilarang secara khusus oleh undang-undang kemanusiaan antarabangsa, termasuk pemindahan paksa secara besar-besaran, kemusnahan harta benda, penempatan penjajah, menyasarkan sekolah dan kurikulum pendidikan untuk menghapuskan sejarah rakyat Palestin.”
Tentera Israel menyerang semula Gaza pada 18 Mac, sekali gus menamatkan perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang dicapai pada 19 Jan.
Lebih 52,300 rakyat Palestin, majoritinya wanita dan kanak-kanak, terbunuh dalam serangan ganas Israel ke atas Gaza sejak Oktober 2023.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.