Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

THAILAND, KEMBOJA SETUJU UNTUK GENCATAN SENJATA – PM ANWAR

DALAM NEGARA

THAILAND, KEMBOJA SETUJU UNTUK GENCATAN SENJATA – PM ANWAR

Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta susulan ketegangan yang memuncak di sepanjang sempadan yang dipertikaikan, hasil satu mesyuarat khas yang diadakan di Putrajaya pada Isnin.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan persetujuan itu selepas mempengerusikan mesyuarat khas antara Thailand dan Kemboja di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya.

PUTRAJAYA: Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta susulan ketegangan yang memuncak di sepanjang sempadan yang dipertikaikan, hasil satu mesyuarat khas yang diadakan di Putrajaya pada Isnin.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan persetujuan itu selepas mempengerusikan mesyuarat khas antara Thailand dan Kemboja di Kompleks Seri Perdana di sini.

Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet menghadiri mesyuarat yang bermula pada pukul 3 petang itu.

Turut hadir ialah Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Edgard Kagan dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing, dengan Amerika Syarikat bertindak selaku penganjur bersama manakala China sebagai pemerhati.

Kedua-dua Kemboja dan Thailand mencapai persefahaman bersama iaitu gencatan senjata serta merta tanpa syarat, berkuat kuasa mulai pukul 24:00 (waktu tempatan) pada 28 Julai 2025.

Ini merupakan langkah pertama yang penting ke arah meredakan ketegangan serta memulihkan keamanan dan keselamatan. 

Jumaat lepas, Anwar telah menghubungi Phumtham dan Manet secara berasingan memohon kedua-dua pemimpin supaya segera melaksanakan gencatan senjata dan kembali ke meja rundingan untuk menyelesaikan pertikaian mereka.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading