Connect with us

ALHIJRAH NEWS

DUA LELAKI DITAHAN BANTU SIASATAN KES PESERTA HIMPUNAN BAWA, SEBAT PATUNG MIRIP PM

DALAM NEGARA

DUA LELAKI DITAHAN BANTU SIASATAN KES PESERTA HIMPUNAN BAWA, SEBAT PATUNG MIRIP PM

Dua lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden membawa dan menyebat patung menyerupai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perhimpunan di Dataran Merdeka, Sabtu lepas.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata kedua-dua individu berusia 21 dan 47 tahun itu ditahan dalam dua siri tangkapan hari ini dan peralatan komunikasi yang dipercayai digunakan untuk memuat naik serta menghantar maklumat berkaitan insiden itu turut dirampas.

Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Dua lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden membawa dan menyebat patung menyerupai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perhimpunan di Dataran Merdeka, Sabtu lepas.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata kedua-dua individu berusia 21 dan 47 tahun itu ditahan dalam dua siri tangkapan hari ini dan peralatan komunikasi yang dipercayai digunakan untuk memuat naik serta menghantar maklumat berkaitan insiden itu turut dirampas.

“Perbuatan tersebut telah dirakam dan dimuat naik dalam media sosial oleh pihak-pihak tertentu manakala permohonan reman ke atas kedua-dua individu terbabit akan dibuat (dalam masa terdekat),” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Mohd Khalid menasihati orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial yang berhemah dan tidak menggunakannya sebagai alat berkecenderungan menghasut sehingga boleh mencetuskan ketidakharmonian serta menjejaskan ketenteraman awam.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman dan keselamatan awam,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading