BUTTERWORTH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas tidak akan menghalang dan masuk campur dalam siasatan terhadap Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) oleh pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau berkata siasatan perlu dilakukan dengan adil tanpa mengira pangkat dan jawatan ataupun sama ada melibatkan syarikat kerajaan mahupun swasta.
“Sekarang heboh isu Perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS). Walaupun ia badan yang bebas, tapi ia di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Baru-baru ini juga ada kes Khazanah Nasional Bhd, yang mana pengerusinya adalah Perdana Menteri.
“Tapi, saya tidak akan halang siasatan kalau ada laporan. Kalau salah, siasat. Kalau salah, dakwa. Kalau salah, hukum,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) 2024 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen PICCA, Butterworth Arena, Pulau Pinang hari ini.
Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata suruhanjaya itu telah memulakan siasatan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dialami Khazanah dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet.
Anwar berkata beliau turut menyerahkan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan terhadap NAFAS dan dakwaan penglibatan kartel dalam pengedaran dan pembekalan kontrak baja padi.
“Saya dah lama marah kepada kartel yang cuma menjaga kelompok dia, bukan jaga rakyat,” katanya.
Anwar juga berkata Kerajaan MADANI komited dalam membela nasib rakyat khususnya golongan B40 dan M40, yang penjimatan hasil kerajaan melalui penyasaran subsidi boleh disalurkan kepada golongan sepatutnya, serta membantu penjaja dan peniaga kecil.
Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan melakukan kajian berterusan, bagi memastikan penyasaran subsidi berkenaan tidak membebankan.
“Kita tarik subsidi untuk golongan T15, namun, itu pun kita masih kaji kerana kita bimbang mungkin ada yang pendapatan RM13,000 tapi anak lima orang dan dua sedang menuntut di universiti. Itu mungkin terbeban. Kita sedang kaji hal ini,” katanya.
Sementara itu, Anwar mencadangkan persatuan penjaja dan peniaga kecil menubuhkan koperasi yang boleh bergabung, bagi mengurangkan kos pengurusan dan pentadbiran.
“Saya minta (tubuh koperasi), selaraskan dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) supaya jangan bertindih, ANGKASA sudah ada pusat pengedaran hampir setiap daerah,” katanya.
Dalam majlis tersebut, Anwar turut melancarkan Dasar Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil Negara 2030 (D3PKN2030) dengan tema ‘Penjaja dan Peniaga Kecil Nadi Ekonomi Negara’.
Dasar berkenaan bertujuan memperkasakan penjaja dan peniaga kecil ke arah persekitaran perniagaan yang holistik dan inklusif, untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan kesejahteraan masyarakat keseluruhannya.
Turut hadir Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dan timbalannya Datuk Seri R Ramanan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM) Datuk Zainal Abidin Abdul Majid.
HPPK disambut pada 18 Nov setiap tahun bagi menghargai sumbangan golongan penjaja dan peniaga kecil terhadap ekonomi negara.
Bertemakan ‘Penjaja dan Peniaga Kecil MADANI: Berdaya Maju, Mampan, Lestari’, sambutan tahun ini menghimpunkan penjaja dan peniaga kecil dari seluruh negara dalam karnival tiga hari berakhir esok.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager