PDRM MULA SIASATAN KES BULI, DERA PEGAWAI KADET UPNM
Kertas siasatan dibuka selepas mangsa berusia 20 tahun itu membuat laporan kira-kira 8.20 malam tadi (1 Nov) dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
KUALA LUMPUR: Siasatan kes seorang pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipercayai menjadi mangsa buli dan dera seorang penuntut senior telah dimulakan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Beliau berkata kertas siasatan dibuka selepas mangsa berusia 20 tahun itu membuat laporan kira-kira 8.20 malam tadi (1 Nov) dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
“Kejadian dikatakan berlaku pada 11.45 malam 22 Okt lepas, di bilik asrama UPNM selepas penuntut senior yang juga pegawai kadet tahun empat telah meminta mangsa menggosok baju kerja miliknya.
“Secara tiba-tiba, pelajar senior berusia 22 tahun itu telah mengambil seterika dipegang pengadu sebelum menekap di bahagian dada sebelah kanannya sebanyak satu kali,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Razarudin berkata tindakan penuntut senior itu menyebabkan mangsa terkejut dan menjerit serta menyebabkan kecederaan melecur, dan ketika kejadian beberapa orang penuntut senior dikatakan turut berada di dalam bilik berkenaan.
Beliau berkata rakaman percakapan mangsa telah diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dan mangsa turut diminta membuat rawatan di hospital bagi mengesahkan jenis kecederaannya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan untuk tidak berkompromi dengan budaya samseng, buli dan gangsterisme di institusi pendidikan masing-masing.
Terdahulu, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman dilaporkan berkata Angkatan Tentera Malaysia tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kes berkenaan dengan siasatan terperinci sedang dijalankan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked