Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELABURAN FASHIONVALET: SPRM JAMIN SIASATAN DIJALANKAN SECARA ADIL DAN PROFESIONAL

DALAM NEGARA

PELABURAN FASHIONVALET: SPRM JAMIN SIASATAN DIJALANKAN SECARA ADIL DAN PROFESIONAL

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan ini penting kerana ia melibatkan penggunaan dana awam dan menjadi isu berkepentingan awam.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan bahawa siasatan berhubung kerugian pelaburan oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet akan dijalankan secara adil dan professional.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan ini penting kerana ia melibatkan penggunaan dana awam dan menjadi isu berkepentingan awam.

“SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung kerugian pelaburan oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam satu perniagaan fesyen dalam talian tempatan”, katanya dalam satu kenyataan.

SPRM turut meminta orang ramai agar memberi ruang untuk siasatan serta mengelakkan spekulasi dan ‘perbicaraan awam’ terhadap pihak yang terbabit.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil meminta PNB dan Khazanah memberi penjelasan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta dalam FashionValet.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Isnin lalu, Kementerian Kewangan memaklumkan, Khazanah dan PNB memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam platform e-dagang fesyen, FashionValet kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners pada 2023.

Jumlah itu jauh berbeza berbanding pelaburan RM47 juta yang dibuat dua Syarikat pelaburan berkaitan GLC itu pada 2018.

Susulan pendedahan itu juga, usahawan fesyen, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar melepaskan jawatan mereka dalam platform e-dagang itu.–AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading