Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS RAKAM KETERANGAN SUSPEK KES BULI, DERA PEGAWAI KADET UPNM

DALAM NEGARA

POLIS RAKAM KETERANGAN SUSPEK KES BULI, DERA PEGAWAI KADET UPNM

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata polis juga akan merakam percakapan rakan sebilik mangsa petang ini.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis telah merakamkan keterangan suspek yang disyaki terlibat dalam kes buli dan dera seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), pagi ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata polis juga akan merakam percakapan rakan sebilik mangsa petang ini.

“Tiada tangkapan oleh polis berkaitan kes berkenaan setakat ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Bernama melaporkan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan terhadap kes berkenaan telah dimulakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan selepas mangsa berusia 20 tahun membuat laporan kira-kira 8.20 malam tadi.

Kejadian dipercayai berlaku pada 11.45 malam 22 Okt lepas, di bilik asrama UPNM selepas suspek berusia 22 tahun yang juga penuntut tahun empat UPNM meminta mangsa menggosok baju kerja miliknya dan tiba-tiba mengambil seterika dipegang mangsa sebelum menekap di bahagian dada sebelah kanannya sebanyak satu kali.

Tindakan penuntut senior itu menyebabkan mangsa terkejut dan menjerit serta menyebabkan kecederaan melecur dan ketika kejadian beberapa penuntut senior dikatakan turut berada di dalam bilik berkenaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading