Foto: AFP
GAZA: Selepas Beit Lahiya teruk dibantai, Kem Pelarian Jabalia sekali lagi menerima nasib sama. Dalam serangan kejamnya petang semalam ke atas dua bangunan kediaman, 50 kanak-kanak antara 84 yang disahkan terkorban.
Situasi disifatkan amat teruk dengan ramai lagi penduduk masih terperangkap di bawah runtuhan. Kedua -dua bangunan itu sebelum ini didiami kira-kira 170 penduduk Gaza.
Lebih malang lagi, pasukan pertahanan awam tidak dapat menjalankan operasi di lokasi dan mangsa yang tertimbus hanya dapat diselamatkan oleh orang awam yang tinggal di kawasan kejiranan.
Sementara itu, landskap Beit Lahiya di Utara Gaza telah berkecai gara-gara pengeboman berterusan Israel.
Operasi ketenteraan Israel diteruskan di seluruh Gaza dengan kem pelarian Nuseirat menjadi sasaran pengeboman hebat, serangan dron dan tembakan sehingga meragut 34 nyawa dalam tempoh 24 jam lalu.
Rakyat Gaza di kem pelarian Nuseirat cuba mencari perlindungan di bandar lain, tetapi tentera Israel menyerang orang awam di kawasan tersebut dengan drone quadcopter dan pasukan darat mereka – Alhijrah Online