Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA TOLAK ANSUR ISU PENGANIAYAAN DI INSTITUSI KETENTERAAN – MOHAMED KHALED

DALAM NEGARA

TIADA TOLAK ANSUR ISU PENGANIAYAAN DI INSTITUSI KETENTERAAN – MOHAMED KHALED

Kementerian Pertahanan tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penganiayaan termasuk budaya buli atau ragging dalam institusi ketenteraan di bawah kementerian itu.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penganiayaan termasuk budaya buli atau ragging dalam institusi ketenteraan di bawah kementerian itu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata sebarang dakwaan berkaitan isu penganiayaan akan disiasat dan diberikan perhatian serius.

“Sekiranya bersalah, individu berkenaan akan dikenakan tindakan disiplin yang tegas,” katanya kepada Bernama menerusi kiriman WhatsApp.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan seorang Ahli Parlimen mengenai kejadian buli atau ragging keterlaluan membabitkan pelajar institusi ketenteraan di ibu negara.

Menerusi perkongsian di laman Facebook pada 3 Jan lepas, Ahli Parlimen itu mendakwa berlaku kejadian buli melibatkan beberapa pelajar di institusi ketenteraan itu sehingga membahayakan nyawa.

Beliau turut mendakwa suara ibu bapa disekat bagi mendedahkan kebenaran dan menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan dengan segera. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading