Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA NELAYAN KUALA KEMASIN DIKHUATIRI HILANG

DALAM NEGARA

TIGA NELAYAN KUALA KEMASIN DIKHUATIRI HILANG

BACHOK: Tiga nelayan yang keluar memukat ikan di Kuala Kemasin di sini, dikhuatiri hilang sejak 3 pagi semalam dipercayai selepas berlakunya ribut dan kabus tebal.

BACHOK: Tiga nelayan yang keluar memukat ikan di Kuala Kemasin di sini, dikhuatiri hilang sejak 3 pagi semalam dipercayai selepas berlakunya ribut dan kabus tebal.

Isteri seorang daripada mangsa, Nik Suliana Bikri Kamal, 41, berkata suaminya Rohaimi Ahmad, 47, anak mereka Nik Muhamad Shafiq Abdul Hafiz, 21, dan kawannya Amir Zulfikar Che Wil, 29, keluar dari kuala tersebut dengan menaiki bot yang dipinjam daripada menantu mereka Raja Mohd Shamsul Amir Raja Ismail, menuju Pantai Sabak, Kota Bharu. 

“Biasanya pukul 3 atau 4 petang mereka sudah balik dan membawa tangkapan, tetapi sehingga jam tersebut mereka tidak muncul dan usaha pencarian dilakukan bermula 6 petang semalam,” katanya ketika ditemui di Kampung Kemasin di sini, hari ini.

Ibu kepada 10 anak itu berkata Raja Mohd Shamsul memaklumkannya nelayan lain memberitahu bot mangsa pulang awal dan disangkakan sudah sampai di Jeti Kuala Kemasin.

Nik Suliana berkata ketiga-tiga mereka sudah biasa ke laut dan berpengalaman lebih 10 tahun menangkap ikan.

“Mungkin berlaku perubahan cuaca dan mereka tersasar laluan ke tempat lain. Apapun kita berdoa mereka selamat,” katanya.

Sementara itu Ketua Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Leftenan Ishak Rahmat daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan yang mengesahkan kejadian itu, berkata enam anggota agensi itu di darat dan lapan anggota di laut ditugaskan dalam operasi tersebut. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading