Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) termasuk tujuh muka baharu hari ini.
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan bergambar bersama barisan sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah selepas Majlis Pelantikan Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah di Balai Mengadap Besar, Istana Anak Bukit di sini hari ini. Turut bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (duduk, kiri) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Seri Norizan Khazali. –fotoBERNAMA
ALOR SETAR: Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) termasuk tujuh muka baharu hari ini.
Kesemua mereka mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Balai Mengadap Besar, Istana Anak Bukit, di sini bermula pukul 10 pagi.
Majlis bermula dengan acara mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah oleh kesemua Exco diikuti pengurniaan tauliah pelantikan oleh Sultan Sallehuddin.
ADUN Merbau Pulas Datuk Siti Ashah Ghazali mendahului senarai 10 ADUN mengangkat sumpah yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan, diikuti ADUN Sungai Limau Mohd Azam Abd Samat (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama dan Komunikasi dan Penerangan).
Majlis mengangkat sumpah diteruskan oleh ADUN Jitra Dr Haim Hilman Abdullah (Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi), ADUN Bukit Kayu Hitam Datuk Halimaton Shaadiah Saad (Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Perpaduan) dan ADUN Kuala Nerang Mohamad Yusoff Zakaria (Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air dan Sumber Air dan Alam Sekitar).
Turut mengangkat sumpah ialah ADUN Kuala Ketil Mansor Zakaria (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan), ADUN Suka Menanti Dzowahir Ab Ghani (Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan) dan ADUN Kubang Rotan Datuk Mohd Salleh Saidin (Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan).
Seterusnya, turut mengangkat sumpah ialah ADUN Alor Mengkudu Muhammad Radhi Mat Din (Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan dan ADUN Kulim Wong Chia Zhen (Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India dan Siam dan Badan Bukan Kerajaan).
Sementara itu, ADUN Jeneri Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah pada 14 Ogos lalu memegang portfolio Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi, Kewangan, Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Pelan Pembangunan Kedah 2035 dan Kerjasama Luar.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos lalu Perikatan Nasional (PN) berjaya membentuk Kerajaan Negeri Kedah selepas memenangi 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri, sementara tiga lagi kerusi dimenangi Pakatan Harapan (PH) iaitu Kota Darul Aman, Sidam dan Bakar Arang.
Turut hadir pada majlis angkat sumpah itu Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Seri Norizan Khazali.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.